Saturday, April 14, 2018

Apa sudah jadi, IKATAN tidak berminat untuk bertanding PRU14

IKATAN TIDAK BERMINAT BERTANDING UNTUK GAGASAN SEJAHTERA


Presiden IKATAN, Tan Sri Sheikh Abdul Kadir mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRU14.

Menurutnya beliau terserahlah jika ada pimpinan lain jika ada yang mahu bertanding tetapi setakat ini tiada yang berminat.

Parti IKATAN adalah rakan kongsi PAS di dalam Gagasan Sejahtera tetapi dilihat hanya menumpang nama sahaja tanpa memainkan apa-apa peranan di dalam blok politik tersebut.

Malah kelibat pimpinan IKATAN juga tidak kelihatan ketika PAS melancarkan manifesto Gagasan Sejahtera walaupun PAS telah menggugurkan perlaksanaan Hudud dari diletakkan secara jelas di dalam Manifesto tersebut. Manifesto Gagasan Sejahtera hanya menyebut secara umum iaitu menegakkan Islam sebagai ad deen yang syumul sahaja. Tiada komitmen khusus perlaksanaan Hudud di dalam manifesto yang dilancarkan oleh parti itu.

Sepanjang DAP dalam pemerintahan Selangor, inilah yang telah berlaku pada ISLAM

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN - DAP SELANGOR DALAM MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR


1. Saya rimas dengan mesej-mesej propaganda DAP anti Islam dan DAP bakal merencatkan usaha meperkasakan Syariah di Malaysia.

2. BN jika mereka benar dan ikhlas, dengan 60 tahun BN mampu melakukan banyak perkara. Sebaliknya, bagi kekal memerintah, mereka main isu DAP bakal merosakkan usaha memartabatkan Syariah di Malaysia jika berkuasa. Malah ada yang berdoa untuk diselamatkan daripada jajahan kerajaan Selangor yang memerintah dengan cara tidak Islam.

3. Di Selangor, DAP ada 14 wakil DUN, PKR 13, AMANAH 2, PAS 14, dan UMNO 11. Wakil EXCO pula, 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS. Speaker DUN YB Hannah daripada DAP. Banyak kuasa DAP jika mereka mahu halang Syariah.

4. Namun begitu, berdasarkan kenyataan YB Yunus Hairi (EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu) dalam satu kenyataannya mengatakan bahawa Negeri Selangor menjadi Negeri PERTAMA yang berjaya melaksanakan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pada tahun 2015, yang antara lain, telah memperkasakan Mahkamah Syariah dan Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah seperti berikut:

(a) Menaik taraf bidang kuasa mal bagi Mahkamah Rendah Syariah Selangor daripada kuasa asal adalah untuk mendengar tuntutan bernilai tidak lebih RM100 ribu kepada tuntutan bernilai tidak lebih RM300 ribu;

Felda Bukit Tangga Kubang Pasu 'hidup' dengan kehadiran Dr M

 
Terletak di pedalaman Kubang Pasu, 109km dari Pulau Pinang, perjalanan ke Felda Bukit Tangga malam tadi ditemani suasana sepi dan gelap, kerana tidak ada lampu jalan di sepanjang perjalanan itu.

Tetapi tanah rancangan Felda di Bukit Kayu Hitam itu menjadi 'hidup' malam tadi dengan kehadiran pemimpin BERSATU, terutamanya pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang dalam jelajah "Selamatkan Felda, Selamatkan Malaysia", sekitar Kedah minggu ini.

Tidak kelihatan bendera BERSATU walaupun para pemimpinnya memakai pakaian merah seragam parti itu, tetapi bendera mata biru PKR berkibar di tempat ceramah itu.

Sekutu HARAPAN termasuk AMANAH dan DAP telah memutuskan untuk menggunakan bendera biru PKR selepas BERSATU dibubar sementara oleh Pendaftar Pertubuhan, dan sekaligus mengakhiri hasrat mereka untuk menggunakan satu logo HARAPAN.

Ku Nan dakwa petugas PAS ambil 'pil kuda'

Walaupun ada pengkriti mendakwa PAS semakin mesra dan lunak kepada Umno, hari ini pemimpin parti itu membuktikan mereka masih tetap berseteru.

Hadir untuk merasmikan majlis pecah tanah dua surau di Putrajaya hari ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menuduh petugas PAS mengambil pil kuda semasa menghadapi PRU ke-13 lima tahun lalu.

Katanya kejadian itu diketahuinya ketika dia berdepan cabaran Husam Musa - ketika itu naib presiden PAS - bagi merebut kerusi parlimen Putrajaya.

Menasihati orang ramai di Putrajaya supaya tidak terjerumus ke "kancah" yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab Tengku Adnan berkata dia hairan melihat petugas PAS mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama dua tiga hari.

"Yang budak Pemuda Umno (petugas Umno) ni lembik, longlai.

"Akhirnya bila kita check (selidik) rupanya dia sumbat kawan ni dgn pil kuda. Ini parti Islam..." katanya.

Peguam gesa SPRM siasat Najib kerana rasuah pilihan raya

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/10/najib-razak-sprm-rasuah-malaysia.jpg
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla mendakwa Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak melakukan rasuah apabila memberi kad bantuan teksi 1Malaysia kepada pemandu teksi dan menjanjikan kenaikan gaji kepada penjawat awam sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-14.

Peguam itu merujuk beberapa laporan yang memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa sebagai berkata bahawa kerajaan sementara hanya boleh meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini sehingga hari mengundi.

Oleh itu, peguam itu berkata, melainkan jika ia diluluskan oleh kabinet atau diumumkan dalam belanjawan negara dan diluluskan parlimen, kerajaan sementara tidak mempunyai kuasa membuat janji atau memberi hadiah kepada sesiapa pun, sama ada orang awam atau sektor swasta.

Haniff, yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes berprofil tinggi, menjelaskan bahawa Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 6 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Rafidah minta LHDN jelaskan kedudukan derma lebih RM2 bilion diterima Najib


MALAYSIA DATELINE

 Rafidah minta LHDN jelaskan kedudukan derma lebih RM2 bilion diterima Najib
Dalam surat terbukanya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Tan Sri Rafidah Aziz meminta ajensi tersebut menjelaskan mengenai kedudukan derma melebihi RM2 bilion yang diterima Perdana Menteri (PM) Najib Razak yang didakwa daripada Putera Saudi.

Beliau berkata, LHDN perlu menjelaskan perkara tersebut kepada beberapa pihak yang sangat ingin tahu dan juga kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Kata beliau, antara perkara yang perlu dijelaskan ialah:

1. Adakah derma yang diberikan kepada Perdana Menteri, dan dipindahkan ke akaun peribadinya dikenakan cukai?

2. Adakah beliau (PM) didaftarkan sebagai pihak dikecualikan cukai ata entiti amal jariah atau sebaliknya?

3. Bukahkan derma dianggap sebagai pendapatan dan perlu dikenakan cukai ke atas penerimanya?

4. Jika derma yang diterima PM ‘dikcualikan cukai’, bagaimanakah hal ini dibenarkan oleh LHDN?

“Sila jelaskan, kerana saya bukan seorang akauntan, begitu juga dengan kawan-kawan saya, bagaimanakah ‘derma’ seperti itu diperlakukan,” kata beliau.

Kecoh di Tumpat bantah gugur calon, penyokong serah memo, tutup markas Pas

Keputusan Pas tidak memberi ruang kepada Mohd Zaki Ibrahim bertanding semula pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyebabkan 200 penyokongnya menyampaikan memorandum bersolidariti dengan beliau kepada Menteri Besar.

Ada juga penyokong yang lari meninggalkan parti itu sambil membuang papan tanda pada markas mereka.

Pengerusi Pergerakan Prihatin Rakyat Kelaboran, Mohd Syafie Abdullah berkata, memorandum itu sebagai tanda sokongan padu kepada Mohd Zaki yang layak diletakkan sebagai calon Dun Kelaboran pada PRU14 ini.

“Saya telah menyerahkan memorandum itu kepada Menteri Besar pada jam 4.05 petang semalam bersama kira-kira 200 orang penyokong Mohd Zaki,” kata Syafie seperti dilaporkan Sinar Harian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...