Berdasarkan dari pendakwaraya dan juga keterangan melalui Pegawai Ambank mengesahkan Najib telah menandatangani siri cek dengan jumlah keseluruhan RM 10,776,514 kepada 15 individu atau entiti di antara 21 Januari ke 26 Februari 2015.
1- Pada 12 Disember 2014, sebanyak RM 20 juta dari akaun SRC bernombor 211-202-200973-6 disalurkan ke dalam akaun Ihsan Perdana yang dilantik Yayasan 1MDB untuk menjalankan program. Ihsan Perdana dipimpin oleh Syamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua Bahagian Sungai Siput dan bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia.
2- Pada 21 Januari 2015, sebanyak RM 3.5 juta dari akaun yang tidak dinamakan bernombor 202-201189-8 disalurkan kepada akaun firma guaman UMNO, Hafarizam Wan n Aisha Mubarak.
3- Pada 30 Januari 2015, sebanyak RM 240,000 dari akaun peribadi Ambank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.