Thursday, April 12, 2018

Tuan Ibrahim bakal hadapi saingan 3 penjuru di Kubang Kerian


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian, menurut sumber parti Islam itu.

“Beliau berkemungkinan besar bertanding di sana kerana PAS tidak pernah kalah di kerusi itu sejak 1990,” kata sumber kepada FMT.

Kubang Kerian yang sebelum ini dikenali sebagai Nilam Puri, dan pernah disandang bekas presiden PAS dahulu, Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1974.

Kerusi itu pernah diwakili bekas pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub yang semuanya bersama parti serpihan, Amanah ketika ini.

Kerusi itu kini dipegang Ahmad Baihaki Atiqullah yang mengalahkan Datuk Anuar Safian dari Barisan Nasional dengan majoriti 16,741 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

DAP peralat PKR demi undi Melayu, kata PAS



Naib Presiden PAS berkata walaupun penggunaan logo itu dilihat beri kelebihan kepada PKR tetapi perkara tersebut hanya menguntungkan DAP.

KOTA BHARU: PAS mendakwa DAP berjaya memperalatkan Parti Keadilan Rakyat (Puntuk mendapatkan undi masyarakat Melayu menerusi penggunaan logo PKR sebagai logo bersama Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun penggunaan logo itu dilihat memberi kelebihan kepada PKR kerana parti lain seolah-olah terpaksa tunduk kepadanya, perkara tersebut hanya menguntungkan DAP.

“(Kalau) kita lihat dari sudut lain, PKR dijadikan alat DAP untuk meraih undi Melayu. Maknanya PKR diperkudakan oleh DAP. Inilah buktinya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jasamu Dikenang dan Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Penyerahan tugas itu melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat yang akan bersara wajib dan Datuk Nazran Muhammad yang sebelum ini merupakan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan.

Kenapa Umno takut saya bergabung dengan Mahathir, tanya Anwar

Kenapa Umno takut saya bergabung dengan Mahathir, tanya Anwar

Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan sikap para pemimpin Umno yang khuatir dengan kerjasama yang terjalin antara beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak tahu mengapa pimpinan Umno menganggap kerjasama saya dan Tun Mahathir sebagai satu perkara yang janggal kerana kami telah bermusuhan begitu lama.

“Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Tun Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik dengan semangat bersilaturrahim.

“Saya musykil mengapa Umno begitu takut dengan gabungan Tun Mahathir dan Anwar,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Setelah menjadi seteru politik lebih satu setengah dekad, Tun Mahathir yang memecat Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 kembali menjalinkan persahabatan dengan Anwar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...