Friday, July 24, 2020

SEJARAH TH PLANTATIONS YANG SAKIT TENAT SEJAK 2014-SATU PENJELASAN


Tabung Haji Plantation(THP) anak syarikat Tabung Haji, dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji Sendirian Berhad.

Dimiliki lebih 73% saham oleh Tabung Haji dan ditubuhkan sejak 1972

Kini diterajui CEO baru En Muzmi Mohamed, dan Pengerusi THP sekarang ialah Tan Sri Abu Talib Othman.

THP sebelum ini memecat Chief Financial Officer (CFO), Mohamed Azman Shah Ishak selepas satu forensik audit dijalankan ke atas syarikat. 

THP merupakan syarikat berskala sederhana yang menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit, sebahagian kecil yang lain melibatkan getah.

THP memiliki tanah lebih 100,000 hektar, 80% darinya terletak di Sarawak, bakinya di Sabah dan Indonesia. THP juga memiliki 6 buah kilang kelapa sawit.

Apakah yang berlaku kepada syarikat ini?

Syarikat ini sebuah syarikat yang 'tenat', jika diukur dengan 'failure indicator' sejak 2014, 'net liabilities lebih tinggi dari defisit', dan syarikat dikategori 'syarikat sakit'.

Berdasar kepada Laporan Tahunan 2018, syarikat ini mengalami kerugian demi kerugian sehingga mencecah RM 658 juta.

Untuk prestasi suku pertama Tahun 2019 sahaja, syarikat mencatat kerugian sebanyak RM 76.7 juta
Manakala pinjaman syarikat seperti dilaporkan, untuk Tahun Kewangan 2018 berjumlah RM 1.4 bilion

Bagi suku pertama 2019, jumlah pinjaman syarikat dicatatkan sebanyak RM 1.29 bilion.

Hutang syarikat melibatkan pemiutang (creditors) sehingga Tahun Kewangan 2018, berjunlah RM 213 juta, manakala untuk suku pertama 2019, berjumlah RM 182 juta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...