Strategi Keluar Dari Pandemik
1) Mentor saya pernah sebut pada saya yang "when you come to me with a problem, you better have a solution ready". Benda ini yang saya pegang dari dulu yang mengajar saya untuk berfikir secara kritikal sebelum bertanya. Sebab itu bila saya menulis atau mengkritik, saya sudah ada penyelesaian terhadap apa yang saya kritik. Jadi sebab saya kritikal, saya tak kisah kalau orang hendak kritik saya balik; it works both ways, baru dari situ kita boleh bezakan idea mana yang bagus.
2) Saya baru tonton strategi Keluar Dari Pandamik oleh Anwar Ibrahim dan saya sendiri amat berpuas hati dengan penjelasan beliau. Cara yang dipakai dan laras bahasa nampak macam yang memberi penerangan itu tahu dan pakar dalam bidang dia (subject matter expert). Sebab itu Anwar bawa sekali Dr Wan Hasni untuk membantu beliau memberi penerangan untuk cover mana-mana yang kurang.
3) Strategi Anwar untuk keluar dari pandamik sangat jelas. Satu, kenal pasti masalah yang sedia ada, kedua; merancang rawatan untuk masalah tadi dan ketiga; rancangan masa hadapan (masa panjang) selepas keluar dari masalah tadi.