Terharu, bersyukur, bersemangat, keliru dan ben,ci adalah antara perasaan yang menerpa fikiran dan dada orang Melayu bila melihat tingkah laku pemimpin Melayu khususnya bila dalam keadaan terdesak.
Setelah berpuluh-puluh tahun bermusuh, akhirnya UMNO dan PAS boleh berbaik dan berjuang atas matlamat yang sama.
Bertahun-tahun berseteru, berjuta kata nista dilempar kepada satu sama lain, boleh lenyap begitu sahaja hanya atas sebab masing-masing setuju ada musuh lebih besar yang harus dimusnahkan.
Dengan kata lain, permusuhan dan perbezaan sesama UMNO dan PAS boleh ditangguhkan dahulu.
Hasilnya 'berbaiklah' dua parti terbesar orang Melayu ini dan menandatangani Piagam Perpaduan Ummah dan pelancaran Muafakat Nasional adalah permulaan kepada 'persahabatan' yang begitu dirindui oleh umat Melayu.