Tuesday, April 3, 2018

Rafizi sangkal PH kalah akibat persempadanan semula


Malaysia Dateline

Pengasas Invoke, Rafizi Ramli menyangkal dakwaan analisa pihak tertentu yang menganggap Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ekoran persempadanan semula tanpa mengambil kira pelbagai faktor lain.

Menurutnya, kesan penyusunan semula kawasan pilihan raya tidak semestinya akan memberi kesan 100 peratus seperti yang dimahukan oleh Umno-BN.

Jelasnya, banyak faktor perlu diambil kira memandangkan situasi politik pada masa ini jauh berbeza dengan pilihan raya pada lima tahun lalu.

“Kebanyakan analisa tersebut mengandaikan bahawa pengundi akan mengundi seperti tahun 2013. Kita tahu semua itu tidak betul.

“Sejak tahun 2013, banyak perkara berubah. Antaranya, tiada Pakatan Rakyat, dinamik perubahan parti politik, Mahathir bersama Pakatan Harapan, Pas sebagai blok ketiga dan sebagainya.

“Perkara-perkara itu perlu diambil kira bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh untuk memahami kesan sebenar persempadanan semula,” ujarnya pada forum berkenaan kesan persempadanan semula di ibu pejabat Invoke di Sungai Besi, Selangor.

FAIZ : PAS bersengkongkol dengan UMNO luluskan Undang-Undang Zalim

FAIZ: PAS BERSEKONGKOL DENGAN UMNO LULUSKAN UNDANG-UNDANG ZALIM


1. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan kesucian demokrasi apabila satu lagi undang-undang zalim Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 diluluskan di Parlimen semalam. Undang-undang terbaru kerajaan kleptokrasi UMNO dan Barisan Nasional ini dilihat bersifat drakonian kerana menyekat kebebasan rakyat terutama pemimpin pembangkang dan media dalam menerbitkan berita-berita benar tentang kepincangan pentadbiran kerajaan tetapi dianggap palsu oleh kerajaan. Kebebasan bersuara yang dijamin Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan semakin hari semakin terhakis.

2. Undang-undang ini juga dilihat digubal bagi melindungi skandal-skandal korupsi dan salahlaku pemimpin kerajaan di mana seksyen 7 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk membuang berita yang disahkan palsu. Kebenaran skandal kemasukan RM2.6 bilion wang 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak boleh dianggap palsu oleh kerajaan kerana skandal tersebut telahpun dibersihkan oleh autoriti yang dikuasai Perdana Menteri seperti pihak Polis dan SPRM. Dengan itu, undang-undang ini jelas sekali akan disalahgunakan kerajaan Barisan Nasional pimpinan kleptokrat Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak untuk memadamkan berita berkaitan skandal tersebut daripada terus diterbitkan untuk pengetahuan umum.

Negara China teroka ribuan hektar tanah buka dusun durian Musang King di Bentong, Raub?

DALIA ISMAIL/April 2, 2018 2:07 pm 3

Negara China teroka ribuan hektar tanah buka dusun durian Musang King di Bentong, Raub?
Presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (Alam) Khaidir Ahmad mendedahkan Negara China sedang memonopoli ribuan hektar tanah dengan membuka dusun durian Musang King di Bentong dan Raub, Pahang.

Aktiviti penanaman durian klon popular yang mendapat pulangan menguntungkan kepada pengusahanya itu telah dilakukan sejak tujuh tahun lalu tanpa pengetahuan banyak pihak, dakwanya.

“Sebelum buah Durian Moasang King berada di pasaran, mereka sudah menanamnya tujuh tahun sebelum itu tanpa pengetahuan kita.

“Selepas dua dekad menembusi pasaran Negara China, ramai dalam kalangan mereka sudah bergelar ‘Jutawan Moasang King’.

“Selepas harganya mencecah RM250 sekilo di Negara China, baru kita nak mula tanam, sedangkan ‘Raja Buah’ ini asal-usulnya kita yang mula tanam di tanah kita.

Khaidir Ahmad menunjukkan kawasan Kampung Baru Sang Lee seluas 20 ekar di mana terdapatnya kawasan kebun durian Musang King.

Duduk di kampung, Felda pun kena GST

ARIF ATAN/April 3, 2018 11:45 am 0

Duduk di kampung, Felda pun kena GST
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sudah dikuatkuasakan sejak 1 April 2015 menyebabkan masyarakat luar bandar berpendapatan rendah juga tidak terkecuali.

Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Baharuddin Ahmad berkata, GST dikenakan pada segenap rakyat sedangkan konsep cukai sepatutnya hanya wajar dikenakan kepada golongan berkemampuan sahaja.

“Segenap peringkat rakyat kena bayar cukai. Tidak kira kaya, miskin, yatim piatu, cacat apa saja. Semua kena bayar. Ini konsep percukaian yang salah.

“Cukai ini sepatutnya dikenakan kepada yang mampu atau barang yang mahal-mahal. Di Indonesia, cukai GSTnya 24 peratus tapi tidak dikenakan ke atas rakyatnya yang tidak mampu.

“Cukai itu dikenakan kepada barang-barang mewah dan import saja. Kita ini, duduk di kampung dan Felda, GST tetap kena bayar,” jelasnya dalam Ceramah Umum AMANAH Kawasan Jempol malam tadi.

Sehubungan itu, beliau hairan sekiranya masih ada rakyat tidak marah dengan pelaksanaan cukai enam peratus itu yang menjadi penyebab kenaikan melambung kos sara hidup.

RUU ANTIBERITA PALSU selaras dengan Islam?

Untuk menilai suatu RUU atau akta itu selaras atau tidak dengan Islam, kita hendaklah melihat kepada kandungan undang undang tersebut, bukannya tajuk kepada RUU berkenaan.

Menyebarkan berita tidak benar sememangnya bercanggah dengan Islam, tetapi adakah tafsiran berita palsu yang menjadi semangat kepada RUU tersebut berasaskan palsu mengikut Islam atau hanya palsu di sisi pemerintah atau parti penungkatnya?

Di sudut aspek lain pula, pemakaian undang undang anti berita palsu ini hingga kepada kesalahan yang dilakukan di luar negara dan oleh bukan negara adalah sesuatu yang luarbiasa di segi undang undang dan bercanggah dengan Islam.

RUU ANTIBERITA PALSU - Nak Sokong..Sokong jelah...!


Kata Nik Abduh.. Sebab PAS menyokong Akta Anti Berita Tidak benar disebabkan ia dituntut dalam agama.. Begitulah lemahnya pemikiran Ahli Parlimen PAS.. Nak Sokong..Sokong jelah UMNO..tak payah bagi alasan Agama...

Kalau itu Hujahnya.. kenapa PAS menentang Persempadanan Semula SPR ? bukan kah takda dalil yg mengharamkan nya..? Menjadi ahli Politik.. kita bukan hanya melihat apa yg tersurat..tetapi Membaca apa yang tersirat...

Kalau nak ikut teks Undang2.. Pelbagai akta yang ada hari ini memenuhi Kehendak agama dan Islam..akta Akta Hasutan, Akta mesin Cetak, Akta Komunikasi yg sedia ada pun sudah cukup dan memenuhi kehendak agama.. tujuan nya baik... Begitu juga Akta Zalim MKN, SOSMA dan ISA itu sendiri jika dilihat dari teks dan falsafah Undang2 ia memenuhi kehendak Islam.. hatta Undang2 Jalanraya AES dan GST itu pun memenuhi kehendak islam.. Sebab Maqasid dalam agama itu tujuannya menjaga Agama, Nyawa,Akal dan harta.. apa lagi Negara..

Tahniah.. Malaysia lah negara pertama yang ada RUU ANTIBERITA TIDAK BENAR


‪RUU Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan semalam di Dewan Rakyat dengan 123 MP menyokong dan 64 MP menentangnya.‬

‪Berbagai persoalan berbangkit berkenaan dengan tujuan sebenar mengapa kerajaan memaksakan RUU ini diluluskan. Sepertimana usul kajian semula persempadanan, ia dibentang dan diluluskan secara tergesa-gesa menjelang PRU ke-14.‬

‪Tajuk kepada RUU Antiberita Tidak Benar ini menyentuh dua komponen:‬
‪⚫️Berita‬
‪⚫️Tidak benar‬

‪Perkara yang berkaitan dengan "Berita" yang menyalahi undang-undang telah pun wujud akta-akta tertentu jika melakukan kesalahan-kesalahan berkaitannya. Antara akta-akta itu:‬

‪🔴Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984‬
‪🔴Akta Hasutan 1948 ‬
‪🔴Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998‬

‪Manakala komponen kedua berkaitan dengan "Tidak Benar" juga telah sedia ada perundangan berkaitan dengan kesalahannya, iaitu:‬

‪🔴Akta Fitnah 1957‬
‪🔴Kanun Keseksaan, Seksyen 499 ‬

‪Sekurang-kurangnya terdapat lima akta yang sudah sedia ada yang menyentuh isu berita tidak benar. ‬

‪Apabila diteliti RUU ini, ia lebih memberatkan kepada dakwaan-dakwaan kesalahan dengan tafsiran yang tidak jelas.‬

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...