Thursday, April 5, 2018

Nazri: PPBM parti nyamuk, pembubaran tak beri kesan

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa pembatalan pendaftaran PPBM tidaklah begitu penting kerana mereka hanya parti nyamuk.

Ditanya sama ada pembatalan pendaftaran PPBM akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14, Nazri mengatakan “tidak sama sekali”.

“Apa perasaan kamu bila digigit nyamuk? Sedap digaru,” katanya selepas melancarkan Pelancongan Pintar Malaysia 4.0.

Beliau mendakwa pembatalan pendaftaran PPBM tidak memberikan apa-apa kesan kepada BN.

“Tiada kesan kepada kami. Pengundi sudah membuat keputusan.

“Kami mahu menang dalam satu pertarungan yang hebat dan bukan kerana pendaftaran mana-mana parti dibatalkan.”

Nazri berkata lagipun PPBM yang menentukan apa yang perlu dimasukkan dalam perlembagaan parti itu.

“Perlembagaan parti dirumuskan oleh mereka yang mencipta parti itu. Tiada orang paksa kamu masukkan apa-apa pun. Kamu yang tetapkan dan kamu mesti patuhi undang-undang.

Najib umum gula-gula pilihan raya bukan penyelesaian jangka panjang


ARIF ATAN/April 5, 2018 12:55 pm 0

Najib umum gula-gula pilihan raya bukan penyelesaian jangka panjang
Ahli akademik berpendapat pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung sembilan khabar gembira kepada penjawat awam dan pesara kerajaan semalam berunsurkan tindakan politik.

Pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pengumuman kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai itu boleh menimbulkan persepsi bahawa ia gula-gula pilihan raya.

Menurutnya, ini kerana pengumuman hampir dengan pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan bertujuan meraih undi penjawat awam dan guru.

“Mungkin pengumuman Najib ini ambil kira faktor keluhan penjawat awam yang merasai bebanan peningkatan kos sara hidup, kerana bukan semua mereka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Jadi ini peluang untuk raih sokongan daripada penjawat awam agar terus mendukung dan memastikan parti kerajaan terus mentadbir negara ini,” dipetik dari Sinar Harian.

Pakatan Harapan akan umum guna satu logo di Jelajah Harapan Pasir Gudang esok


DALIA ISMAILApril 5, 2018 11:17 am 0

Pakatan Harapan akan umum guna satu logo di Jelajah Harapan Pasir Gudang esok
Peggunaan satu logo Pakatan Harapan (PH) dijangka akan diumumkan dalam siri Jelajah Pakatan Harapan di Pasir Gudang esok (Jumaat).

Perkara ini diumumkan oleh Presiden PH Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media tergempar gabungan empat parti itu yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putra, Putrajaya pagi ini.

“Kita akan umumkan logo pada bila-bila masa. Kita akan umum logo esok .

“Walaupun pendaftaran Pakatan Harapan dan PPBM dihalang, kita telah buat persiapan lebih awal mengenainya.

“Kita telah katakan akan mengunakan satu logo. Kita telah pun memilih logo yang sesuai. Saya akan umumkan di Pasir Gudang,” ujarnya selepas menghadiri mesyuarat tergempar yang diadakan membabitkan empat parti gabungan dalam PH hari ini.

Bersatu dibubar sementara berkuatkuasa hari ini


http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/12/04/14/15/ppbm%20logo.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa hari ini.

Pembubaran pendaftaran Bersatu akan kekal jika parti berkenaan gagal mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 30 hari.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, Bersatu juga boleh memfailkan rayuan dalam tempoh berkenaan.

“Saya ingin menyatakan di sini bahawa Bersatu gagal menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan olehnya di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat RoS di Putrajaya petang ini.

Berkemungkinan PPBM akan berkubur petang ini..!

PESANAN IKHLAS MARHAEN KPD AHLI DAN PENYOKONG PPBM / Bersatu


Dijadualkan ptg ini RoS akan mengadakan sidang akhbar berkaitan PPBM. SEANDAINYA keputusan dibuat bahawa PPBM dibatalkan pendaftarannya harap anda semua bersabar. Jgn gundah, jgn kecewa...Keep Cool. Jgn respon kpd Provokasi lawan politik. Pasti ada hikmahnya. Setidak2nya PH akan mendapat undi simpati.

Anda masih ada "platform". INGAT!! Anda dr keluarga besar Pakatan Harapan. Kuatkan semqngat kiita FOKUS pd matlamat, walau apa jua rintangan dan dugaan melanda. Kejayaan sudah semakin hampir.

Anda masih ada PKR, Amanah dan DAP. Kita terus bersatu hati menghadapi PRU14 dgn matlamat menewaskan UMNO BN dan PA$.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...