Thursday, May 21, 2020

10 Exco Kedah Kerajaan PN angkat sumpah di Wisma Darul Aman

ALOR SETAR - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mereka adalah Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Bersatu-Guar Chempedak), Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pas-Tokai), Azman Nasrudin (Bebas-Lunas), Datuk Suraya Yaacob (UMNO-Sungai Tiang) dan Datuk Siti Ashah Ghazali (Pas-Merbau Pulas).

Turut mengangkat sumpah, Halimaton Saadiah Saad (Bersatu-Bukit Kayu Hitam), Wan Romani Wan Salim (Pas-Bukit Pinang), Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Pas-Kupang), Mohd Firdaus Ahmad (Bersatu-Kuah) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Bebas-Sidam).

Barisan Exco Kedah berkenaan dilihat menggabungkan 60 peratus muka lama manakala selebihnya terdiri daripada muka baharu.

Beberapa muka lama yang sebelum ini pernah memiliki pengalaman menjadi Exco Kedah ketika pentadbiran terdahulu dilantik semula ke jawatan itu.

Anwar - Mengapa saya tidak hadir, jawapannya mudah, itu bukan sidang media Pakatan Harapan

 
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan tentang ketidakhadirannya dalam sidang media khas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas berakhirnya persidangan Parlimen pada 18 Mei lalu.

“Mengapa saya tidak hadir, jawapannya mudah, itu bukan sidang media Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi siaran langsung di Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Anwar berkata, dalam mesyuarat sebelum itu, pemimpin PH daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Nasional (Amanah) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Parti Warisan Sabah (Warisan), bersetuju untuk menyediakan pendirian bersama dalam isu kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Oleh yang demikian, kita tidak akan mengadakan sidang khas Pakatan Harapan (bagi isu tersebut) tapi ini tidak menghalang kalau DAP, Bersatu, Amanah atau Keadilan (PKR) buat sidang masing-masing atau ahli-ahli Parlimen mengeluarkan pandangan.

"Jadi ini saya hendak jelaskan ia (sidang itu) bukan sidang PH tetapi kita demokratik dan kita boleh keluarkan (kenyataan). Selepas ini, kita akan jelaskan supaya semua program PH atau sidang PH akan diumumkan oleh Sekretariat PH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...