Friday, September 2, 2022

UMNO TAK ADA "TELUR"..!!


 UMNO TAK ADA TELUR

Selasa lepas Najib Razak dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Persekutuan setelah disabitkan melakukan 7 kesalahan jenayah melibatkan wang SRC International.

Semalam Rosmah bini Najib pula disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah.

Maka berlegar-legar seruan bubar Parlimen di mana-mana. Spekulasi sana sini bila agaknya Ismail Sabri mahu bubar Parlimen. 

Umno khabarnya mahu segera Parlimen dibubarkan. Banyak alasan digunakan tetapi tujuan mereka hanya satu iaitu menyelamatkan diri dari Mahkamah.

Presiden Umno Zahid Hamidi menghadapi tuduhan di Mahkamah. Beberapa pimpinan Umno lain juga turut didakwa. Bagi Umno, institusi kehakiman sekarang di era gelap kerana ada kalangan mereka diputuskan bersalah kerana jenayah. Mereka mendakwa dianiaya justeru institusi kehakiman perlu dirombak supaya mereka terlepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...