Tuesday, May 1, 2018

Daim tampil di program Azmin

 
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin membuat kejutan dengan menghadiri sebuah program Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menteri besar sementara Selangor itu berkempen di Pelabuhan Klang.

Menurut seorang pegawai menteri besar, ketibaan Daim di lokasi ceramah di Kampung Telok Gong yang dihadiri Azmin itu tidak dirancang.

Katanya, beliau difahamkan Daim tiba di kawasan kampung tersebut lebih awal sebelum ketibaan Azmin.

"Dia (Daim) datang mengejut. Tak dirancang. Dia datang dengan kereta lain dan lepas itu mereka (Daim dan Azmin) bercakap sebelum Azmin masuk ke tempat ceramah.

Rafidah: Rumah kita dah rosak, kena tukar kontraktor baru


Bekas menteri kanan, Tan Sri Rafidah Aziz memberikan perumpamaan mudah untuk difahami rakyat mengenai mengapa kerajaan perlu ditukar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Memberikan analogi Malaysia seperti sebuah rumah besar untuk melindungi rakyat berbilang kaum, Rafidah berkata keadaan rumah itu kini sudah semakin rosak kerana dilanda oleh "makhluk perosak".

Menurut Rafidah rakyat kini mesti menilai prestasi BN dalam 10 tahun lalu untuk memutuskan sama ada kontrak hendak disambung lagi atau menyerahkannya kepada "pengurus" lain untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Sekarang ada pihak lain yang menawarkan untuk berkhidmat sebagai kontraktor untuk mengurus rumah kita, Malaysia.

Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji


Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji
“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam. “Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.

Oleh MALAYSIA DATELINE April 30, 2018 8:29 am 18

Gelombang yang telah dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini bergabung dengan gelombang yang terbina ekoran penyertaan anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, Nik Omar telah mencipta gelombang baru di kalangan pengundi pro Islam di negara ini khasnya di kalangan penyokong Pas.

“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam.

“Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.

Berdasarkan perkara itulah, katanya, pemimpin dan penyokong Pas paling marah kepada Nik Omar sekarang.

Selepas abang doakan kejayaan, Nik Abduh balas dengan kecaman "Air Mani Terbuang"

Selepas abang doakan kejayaan, Nik Abduh balas dengan kecaman
Oleh ARIF ATAN


Nik Omar mendoakan kejayaan adiknya di Bachok tetapi dijawab kamu telah menikam jantung ibu.

Doa calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dun Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz agar adiknya berjaya di Parlimen Bachok sebaliknya dibalas Nik Abduh dengan nada sindiran dan kecaman.

Dalam kenyataan Nik Abduh yang didakwa daripada mereka sekeluarga, beliau memberitahu ibu mereka, Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak akan berkempen untuk dirinya dan pada masa sama membantu kempen Pas di Dun Chempaka.

Mengundang kecaman orang ramai sejurus dimuat naik di Facebook, penyandang Parlimen Pasir Mas yang sudah ‘ditendang’ pada PRU-14 ini berkata, hati ibunya terluka sebanyak dua kali.

Pertama, jelasnya, ketika adik-beradiknya Nik Adli ditahan di bawah ISA dan terbaharu apabila Nik Omar bertanding di Dun Chempaka.

Menganggap keputusan Nik Omar bertanding mewakili PH pada penamaan calon, 28 April lalu sebagai “kemalangan”, Nik Abduh memohon maaf kepada jentera Pas di seluruh negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Sarawak Report: Mahkamah London tetap bicara penuh 1-12 April 2019

MALAYSIA DATELINE

Sehingga kini Hadi telah membayar RM1.6 juta untuk kesnya terhadap Sarawak Report.

Mahkamah Tinggi London semalam menetapkan 1 hingga 12 April 2019 bagi perbicaraan penuh saman Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report.

Mahkamah semalam menolak permohonan dalam permohonan (Interlokutori) dari Sarawak Report (SR) untuk mengenepikan saman itu dengan menetapkan perbicaraan penuh.

(Permohonan interlokutori dibuat untuk meringkaskan perbicaraan apabila sesuatu pihak yakin dengan kes itu. Namun hakim jarang membenarkannya untuk mempastikan keadilan terjamin dengan perbicaraan penuh)

Ekoran itu, mahkamah memerintahkan Sarawak Report membayar kos sebanyak RM156,000 (£28,900) selepas menolak permohonan itu.

Dengan arahan ini, sehingga kini SR telah membayar kos sebanyak RM1.078 juta (£200,000).

Peguam Carter Rock pula memberitahu mahkamah, sehingga kini Abdul Hadi telah membayar RM1.646 juta (£305,250) sebelum perbicaraan bermula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...