Monday, August 31, 2020

Dulu timbalan menteri DAP dikecam, kini pemimpin PN pula pakai ‘baju komunis’




Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong mempersoal tindakan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengenakan pakaian yang pernah didakwa menyerupai tentera komunis.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu berkata, beliau sebelum ini difitnah berbuat demikian ketika membuat pemeriksaan kawalan kuarter pada 2018.

“Dulu, saya difitnah kerana pakai baju korporat. Azwanddin pun belum bayar RM40,000 dari kes mahkamah.

“Sekarang pula, pemimpin PN pakai baju yang sama. Dah bukan baju komunis?” sindir Chin Tong lagi.

Dua tahun lalu, Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah memuat naik status di Facebook mendakwa Chin Tong dengan sengaja berpakaian seperti seragam komunis.

PH SUDAH BOLEH LUPAKAN TUN MAHATHIR JIKA MAHU SEMUA KAUM MENYOKONG SEMULA..

Penolakan rakyat, bukan sahaja orang-orang Melayu, bahkan kaum-kaum lain juga berlaku terhadap Mahathir.  Bermula dari PRK Tg Piai lagi kita telah beri amaran kepada Mahathir betapa penyokong-penyokong PH dan juga mereka di atas pagar majoritinya sudah hilang kepercayaan kepada bekas PM dua kali ini

Langkah-langkah politik beliau ternyata banyak melemahkan PH.  Bayangkan, semua tahu prinsip perjuangan PH adalah untuk memberi keadilan kepada semua kaum.  PH tidak mahu dilihat gabungan parti yang berunsurkan perkauman seperti Umno dan kejumudan agama seperti Pas, tetapi apabila menjelang PRK TG Piai atas kehendak beliau satu program Maruah Melayu telah diadakan di mana dijemput Umno dan Pas untuk turut serta.  Lebih musykil lagi, Anwar Ibrahim tidak dijemput pada awalnya.  Kononnya Mahathir mahu tarik pengundi-pengundi Melayu. 

 Ternyata di Tg Piai, calon dari parti beliau yang mewakili PH ketika itu tewas teruk.  Sokongan Melayu tiada, sokongan kaum Cina langsung tidak kelihatan untuk memenangkan calon partinya.  Apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

PRU KE 15-AMANAH DAP PRO TUN Apakah PKR Bersendirian...?

PRU KE 15-AMANAH DAP PRO TUN Apakah PKR Bersendirian...?
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
 Penulis Bebas
 
 
KESEMUANYA partai politik situasi dalam kemelut.MN-PN amat bercelaru. Masing masing lantainya tidak kukuh.PH yang sepatut utuh dan konsisten juga turut menerima tempias yg sama. Isu Tun-Anwar sejarah lama berulang menjadi PH tidak kurang dilanda ribut politik yang tidak mudah untuk diharungi.
 
Andaikata PH utuh dan kukuh spertimana di waktu waktu berhadapan parti pemerintah di PRU ke 14 dahulu kita optiumis oposisi akan kembali menguasai semula Putrajaya.Tapi malangnya sekali PH hari ini tidak sekental dan sekukuh seperti dahulu.Ribut politik dalam PH kian menjadi jadi kecelaruannya. Semuanya dikatakan gara gara politik Tun.Yang amat pedih sekali sudah ada taktik taktik untuk mengenepikan Anwar sebagai ikon politik PM jika PH menang lagi.Zaman Fadzil Nor dan TGNA tidak sesekali berubah wala terhadap Anwar.PH era Hadi bermulanya percubaan mengenepikan Anwar turut dirancang dengan mencadangkan Tengku Razaligh bakal PM. 

Amat pedih bagi Anwar apabila satu nama yg tidak popular Shafie Afdal dicanangkan sebagai bakal PM di option baru dan disokong penuh oleh pemimpin utama Amanah dan Dap.Bagai terkoyaknya hati Anwar bilamana rakan seangkatan berpekerti sedemikian.Gara gara siapakah ini?Cubaan menghalang Anwar dari menjadi PM dengan politik nombor sekaligus menafikan perjanjian amat memalukan sekali.Majlis Presiden rupa rupanya kurang berfungsi sama sekali bilamana janji yg diikat Anwar pengganti Tun dan PM ke 8 dilupuskan semudah itu.Apa ini...?

Mutakhir ini orang bercakap Amanah dan Dap projek Tun.Dalam politik ianya sesekali tidak mustahil.Ada kemungkinanya Amanah dan Dap bakal bersatu dengan partai baru Tun parti PEJUANG..? Jika ini terjadi PKR bakal bersendirian dalam politik PRU akan datang.MN sedang menunggu kompleketed ini menjadi bertambah merumit. Jika ini bakal terjadi PAS-Umno amat bergembira.
 
Kini Anwar sudah terasa dirinya di sisih oleh rakan karib dari Amanah dan Dap.Zahirnya masing masing cuba disembunyi.Tun dengan parti PEJUANG tidak lagi akan bersama PH.Sikap Tun terhadap Anwar jelas.Ada lojiknya juga apa yang diperkatakan sebelum ini misi utama Tun menghalang Anwar jadi PM. 

Apa yang amat merisaukan sekali. Jika politik org Cina kembali ke pangkuan MCA alamatnya Dap kecundang. Juga PKR apatah lagi Amanah.Awasi dan jaga jagalah persepsi ini. PH jangan sampai org Cina benci kepada Dap.Ingat faktor kekuatan PKR dan Dap adalah kebersamaan.Amanah sekadar menumpang.Tanpa Dap PKR dan Amanah tiada akan ke mana. Tanpa PKR  Dap juga gagal mencipta apa apa. PKR -DAP saling kait mengait.Amanah lemas di tengah tengah.

Perubahan posisi Amanah dan Dap ke parti PUTERA dan menyakini Tun berupaya menjadi penentu kemenangan juga satu pendekatan politik yang paling bermalapetaka.Membiarkan Anwar bersendirian dengan meletakan harapan kepada Tun Dap Amanah sedang mencelakan masa depan politik PH itu sendiri.

Pada firasat saya dalam kompleketed sebagini jika gagal diuruskan lagi adalah baiknya kita kembali ke fitrah asalnya iaitu kebersamaan yg asalnya padu dan kukuh iaitu kombinasi PKR-DAP dan Amanah.

Jika Amanah dan Dap masih kekal menjadi pro Tun dan melupakan Anwar. Sudah jelas sama sekali PH akan berpetak semula dengan petak barunya Amanah-Dap dan PEJUANG. PKR kekal bersendirian. Citra ini amat sangat dinanti nanti Umno-Pas.


 

SIAPA DI SEBALIK TOKEY DURIAN DI PAHANG, YANG SUDAH MAKAN UNTUNG BESAR DARI TANAH TERSEBUT?


 KES CINA PENCEROBOH  TANAH BUAT KEBUN MUSANG KING DI NEGERI PAHANG.

PENEROKA FELDA SELURUH NEGARA PUN TAK DAPAT BANYAK NI. APA LAGI VETERAN PERANG.

Jumlah luas hutan yang diceroboh ialah 

4,400 hektar dan jumlah PENJARAH HARAM yang menuntut Perintah Pengantungan Sementara seramai 111 orang.

39.6 hektar ini sudah bersamaan 97.8 ekar seorang. 

Katakan 97.8 ditukarkan kepada unit kaki persegi iaitu 97.8 ekar x 43,560 sqft ialah bersamaan 4,260,168 kaki persegi.

Katakan harga sekaki persegi ialah cuma RM3/sqft, maka setiap PENJARAH HARAM akan mendapat TANAH FREE bernilai RM12.8 juta seorang.

JUAL REMBAT DUIT Kayu Balak?

40 thn untung jual Durian Musang King, harga YAHUDI? JUTAWAN.

SEMUA FREE.

Seperti yang saya jangka, MCA akan bertindak sebagai 'wakil' parti dalam kerajaan untuk membela pekebun-pekebun haram seiring dengan tekanan DAP di pihak pembangkang dan dilengkapi dengan rangkaian NGO-NGO.

Sudah terang lagi bersuluh yang ini adalah isu pencerobohan tanah yang sangat bersistematik dan rapi. Dengan kata lain, ini adalah suatu kegiatan haram yang sangat nyata. Tetapi tanpa segan silu para politikus membela penceroboh-penceroboh ini.

Mengapa MCA begitu bersungguh sampai perlu tubuhkan sebuah jawatankuasa khas 'tergempar' di peringkat parti untuk isu ini, sedangkan mereka sendiri ada dalam kerajaan negeri Pahang yang sedang mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini? MCA juga mengakui yang kerajaan negeri sepatutnya boleh 'lakukan lebih baik' dalam menyelesaikan kes ini. 

Istimewa dan pentingnya isu ini bagi mereka sampaikan Timbalan Menteri Perpaduan (Ti Lian Ker) dan Setiausaha Agung MCA (Chong Sin Woon) pun sertai jawatankuasa tersebut selain pimpinan parti yang lain.

Kita bimbang mereka akan lobi lebih banyak lagi dari apa yang telah dikompromikan oleh kerajaan baru-baru ini. Lihat sahaja, mengapa jawatankuasa ini ditubuhkan hanya selepas pekebun-pekebun ini mendapat 'kemenangan kecil' beberapa hari sebelum itu? Ini tidak mustahil kerana kita tahu yang parti-parti Melayu dalam kerajaan sedang bersungguh-sungguh mahu memenangi hati masyarakat Cina kerana PRU15 sudah dekat. 

Dari sudut yang lain, sesiapa yang menceroboh sesuatu tidak sepatutnya diberikan apa-apa hak walau apa pun alasannya. Lebih-lebih lagi tanah yang diceroboh sebesar lebih 4000 ekar, bukan kecil-kecilan. 

Memang Target Cina Pro Komunis guna DAP+MCA dapat kan Tanah, mereka akan Buka Pusat Judi Ketiga SELEPAS Genting, Tanah Tinggi

Jika kita berkompromi dengan modus operandi sebegini, kita telah membuka 'floodgate' untuk lebih ramai membuat perkara yang sama di seluruh negara. Bayangkan, betapa mudahnya taikun-taikun boleh mendapat tanah nanti, sedangkan orang-orang kampung yang mengusahakan tanah secara halal akan terus bertani secara daif. 

Kita harap pihak berkuasa khususnya SPRM dapat masuk campur dengan serius dalam isu ini kerana rakyat sudah mula sangsi dengan gerak-geri politikus-politikus Pro Komunis  yang mula melibatkan diri dalam isu ini.

Kita menyeru agar rakyat dan Ayahnda, NGO-NGO pantau rapat, sebagai 'check and balance' kepada kerajaan dan pihak berkuasa dalam isu ini kerana terbukti gelombang suara rakyat mampu mempengaruhi tindakan-tindakan kerajaan. 


Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

30 Ogos 2020


Sumber:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/29/pahang-mca-forms-committee-to-tackle-issues-faced-by-farmers-in-the-state


▪️Telegram: telegram.me/aminuddinyahaya

▪️Twitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya


# Selamatkan Tanah Melayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...