Harga minyak mentah setong sekarang paling tinggi sejak 2017 - dah cecah USD93 setong.
Tapi harga petrol RON95 kekal RM2.05.
Zaman Najib Razak Mac 2017, bila minyak mentah sekitar USD50+ setong, harga petrol RON95 dah RM2.30 seliter dan dinaikkan tiap-tiap minggu.
Minyak dunia sekarang sebenarnya dah naik ~2x ganda dari 2017, tapi RON95 lebih murah dari harga RON95 masa minyak mentah murah zaman Najib dulu.
Sebabnya kita lawan untuk kembalikan formula subsidi yang Najib hapuskan dan ahli politik selepas 2018 tahu rakyat akan hukum ahli politik sekiranya terlalu megah hapus subsidi untuk rakyat biasa demi projek mewah mereka.