Saturday, July 4, 2020

Kembali ke sekolah nak ikut SOP yang mana satu.. PENGARAH atau KEMENTERIAN?

Khamis, 2 Julai 2020 | 9.00am
Sungai Limau


1. Saya dihujani rungutan dari ramai Guru Besar/Pengetua serta waris seluruh negeri, yang menyatakan rasa kurang selesa dengan tindakan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah (JPN) yang mahukan sekolah memulakan sessi pembelajaran secara optimum dengan memaksimumkan penggunaan bilik darjah yang sediada tanpa perlu menentukan kaedah-kaedah seperti yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Mana satu nak ikut? SOP seperti yang telah digariskan MOE atau Pengarah?

3. Pengarah suruh operasi secara optimum, kalau kelas atau bilik darjah ada 35 murid, maka susun atur meja perlu boleh menempatkan 35 murid walaupun terpaksa rapat ke dinding. Sedangkan garis panduan/SOP yang ditetapkan oleh MOE adalah, memberikan ruang kepada Guru Besar/Pengetua menentukan kaedah yang paling sesuai dan patuh SOP.

Surat mintak jawatan dekat MB KEDAH..!!

alhamdulillah.. nampaknya semakin ramai dok tawar kan khidmat 
kepada MB KEDAH untuk menyumbangkan bakti kepada negeri KEDAH..
semoga tawaran depa ini bukanlah sekadar untuk megisi dan memenuhi poket
dengan elaun-elaun dari wang rakyat tetapi tawaran mereka adalah untuk
memberikan sumbangan bakti kepada negeri KEDAH tercinta...

Semoga pihak MB KEDAH mempertimbangkan permohonan mereka ini..


Warga Prihatin
KEDAH DARULAMAN

Kes Zahid: Pengarah syarikat kata cek RM447k untuk bayar gangster


Malaysiakini
Seorang pengarah syarikat berkata sekeping cek syarikat berjumlah RM447,773.42 kepada akaun pemegang amanah firma guaman Lewis & Co, digunakan untuk membayar gangster yang mengganggu projek pembinaan sebuah jambatan di Klang Selangor.

Pengarah Cergas Murni Sdn Bhd, Paul Latimer memberi keterangan dalam perbicaraan membabitkan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, berkata, cek Maybank bertarikh 29 Mac 2016 itu digunakan untuk membayar wang perlindungan kepada gangster berkenaan.

Bagaimanapun, saksi ke-73 perbicaraan kes pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah membabitkan Ahmad Zahid itu, tidak menjelaskan secara khusus gangster yang dimaksudkan.

Latimer, 79, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Harris bertanya Latimer tentang perenggan kelapan keterangan saksi itu, yang menyatakan cek berjumlah RM447,773.42 diserahkan kepada pengurup wang Omar Ali untuk “menyelesaikan masalah” semasa projek membina Jambatan ke-3 Klang, Selangor, antara tahun 2014 dan 2017.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...