Monday, July 2, 2018

Najib bertegas RM2.6b itu derma, ini alasan beliau

 
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap bertegas bahawa AS$681 juta (sering dirujuk sebagai RM2.6 bilion) dalam akaun banknya sebelum pilihan raya umum 2013 adalah derma kerabat Saudi.

Beliau menegaskan perkara itu walaupun Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS), dalam saman pelucuthakannya dan pengkritik mendakwa ia berpunca daripada 1MDB.

Menegaskan AS$620 juta daripada AS$681 juta itu dikembalikan kepada “penderma” pada tahun yang sama, Najib berkata derma itu diperoleh susulan pertemuannya dengan almarhum pemerintah Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

“Saya minta baginda dukung kerajaan (Malaysia) kerana saya rasa kerajaannya ada rekod membantu kerajaan-kerajaan lain yang agak mesra dengan mereka.

“Jadi tiada apa yang peliknya dengan permintaan saya dan baginda setuju menyokongnya dan kemudian kami terima surat dan kemudian wang dimasukkan pada masa yang sama baginda janji untuk menderma.

“Saya maklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Bank Negara dimaklumkan bahawa dana itu akan masuk,” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif minggu lalu.

Pemimpin AMANAH kini 9 dalam kabinet, 1 ketua menteri

 Pemimpin AMANAH kini 9 dalam kabinet, 1 ketua menteri
Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara yang berlansung pagi tadi, membariskan 9 pimpinan tertinggi AMANAH untuk menjawat jawatan menteri besar, menteri dan timbalan menteri.

Hari ini pimpinan AMANAH yang mengangkat sumpah terdiri daripada Ahli Parlimen Temerloh yang juga Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya

Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah.

Ahli Parlimen Lumut yang juga Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...