Friday, March 9, 2018

Azmin maklomkan bahawa kawasan loji milik SPLASH bawah Kerajaan Pusat yang bermasalah


Kerajaan Selangor tidak seharusnya dipersalahkan dalam masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kalau berani, salahkan perdana menteri," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sempadan antara Selangor dan Pahang di Shah Alam, hari ini.

"Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah proaktif bagi memastikan (masalah) tidak berlaku," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan negeri patut dipersalahkan berhubung gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor yang berlaku sejak Selasa lalu.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata, masalah yang berlaku di luar kuasa kerajaan negeri belum mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) daripada kerajaan pusat.

Husam tak sabar nak sapina Datuk Amar



Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa mengalu-alukan kesemua lima saman yang bakal diterimanya ekoran dakwaannya terhadap kerajaan Kelantan.

Beliau berkata setiap dakwaannya berdasarkan dokumen rasmi kerajaan negeri - sebahagian menurutnya dilindungi - dan perbicaraan mahkamah akan membolehkan rakyat Kelantan mengetahui keadaan sebenar.

"Semua yang berkaitan berpeluang untuk didedahkan, termasuk membawa menteri besar, timbalan menteri besar, exco dan pihak terlibat untuk memberi keterangan di mahkamah.

"Saya akan sapina (panggil ke mahkamah) mereka, termasuk Datuk Mohd Amar (Nik Abdullah). Saya harap Datuk Amar tidak melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Amar (gambar) bahawa kerajaan negeri dan anak syarikatnya akan menyaman Husam yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak tapat dalam isu air dan penerokaan tanah negeri, dengan terbaru berkenaan tender Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Mangsa Ribut Di Yan Dapat Bantuan Awal

YAN, 9 Mac (Bernama) -- Mangsa ribut membabitkan lebih 40 rumah di beberapa kampung di daerah ini menerima bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai daripada pejabat Parlimen Jerai bagi membantu mangsa membaiki rumah mereka yang rosak akibat bencana itu.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bantuan diberi menerusi empat kategori mangsa ribut iaitu kategori A membabitkan dua individu yang rumahnya ranap dan tidak boleh dibaiki yang menerima wang tunai RM10,000.

Beliau berkata kategori B pula ialah rumah rosak teruk tetapi masih boleh dibaiki membabitkan 14 mangsa menerima RM5,000 setiap seorang manakala kategori C bantuan RM2,000 diberikan kepada 11 mangsa yang rumah mereka rosak sederhana.

Generasi muda bakal warisi hutang kerajaan kleptokrasi kata Pemuda Amanah


KUALA LUMPUR: Matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dirangka bagi memenuhi aspirasi pembangunan dan kesejahteraan generasi muda akan datang tidak mampu dicapai tanpa reformasi pentadbiran secara menyeluruh dan telus.

Lebih membimbangkan, trend hutang kerajaan yang semakin meningkat lebih RM900 bilion saat ini selain hutang puluhan billion 1MDB akan membantutkan segala proses tranformasi nasional tersebut kata Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), lapor RoketKini.

“Reformasi tadbir urus perlu diangkat sebagai tunjang kepada landasan masa depan negara kerana keadaan ekonomi hari ini bukan sesuatu yang progresif, tetapi bakal membawa negara ke arah yang lebih regresif,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, langkah pertama ke arah pembinaan sebuah negara maju dan makmur menjelang tahun 2050 adalah memperbetulkan landasan sistem tadbir urus.

Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia subuh tadi

Assalamualaikum


Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg Tan Sri Sanusi Junid telah kembali ke rahmatullah pada subuh Jumaat tadi.

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

PH 100 HARI MEMERINTAH : HAPUS GST, KWSP UTK SURI RUMAH, TANGGUH BAYARAN PTPTN

100 hari pertama tadbir negara, PH tawar caruman KWSP untuk suri rumah


SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) menawarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah dalam manifesto yang dilancarkan pada Khamis.

Caruman KWSP untuk suri rumah ini merupakan salah satu dari 10 tawaran PH yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara.

Manifesto yang diberi nama "Buku Harapan" menawarkan 60 janji sekiranya PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain KWSP untuk suri rumah, PH juga berjanji akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari pertama berkenaan.

PH turut berjanji untuk mengenal pasti hutang-hutang peneroka Felda yang boleh dimansuhkan.

Selain itu, PH juga berjanji untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam yang menerima gaji kurang dari RM4,000 sebulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...