Thursday, March 3, 2022

Najib ini penjenayah. Sudahlah mencuri, menipu pula.!


 SUDAH MENCURI, MENIPU PULA

Najib Razak telah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes seleweng RM42 juta wang SRC International dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM120 juta. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diakui dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya. Setakat ini, Najib Razak sah seorang penjenayah walau pun masih boleh berlegar merayau ke sana ke sini hingga berbahas di Dewan Rakyat tanpa malu.

Sudah la Najib diputuskan bersalah mencuri duit SRC International, sanggup pula dia menipu di Dewan Rakyat berkaitan 1MDB yang dia jadikan lubuk curi duit.

Kata Najib, Kerajaan tidak bayar sesen pun hutang 1MDB menggunakan duit rakyat. Najib rasa dan anggap semua rakyat Malaysia bodoh lagi bengap macam melayu Umno dan lebai Pas yang sokong dia. Silap Najib. Tak semua orang bodoh dan boleh ditipu Najib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...