Thursday, July 6, 2023

Yang Makan Gaji Dok Saja, Yang Tak Ambik Gaji Pulak Nak Kena Selesaikan Semua..!


 Yang tak bekerja gaji jalan, yg bekerja gaji tak jalan
ADAKAH PMX KESEORANGAN ?

Masalah jalan rosak PM kena selesaikan, masalah tak cukup bas di IPTA PM kena selesaikan, masalah subsidi PM kena selesaikan, masalah mesin pengimbas kastam pun PM kena selesaikan…?

Mana Naib Canselor, mana Pengarah2 Jabatan, mana ketua2 Jabatan , mana Menteri2, mana pegawai2 khas Menteri? Ia seolah olah yg TAK bekerja gaji jalan tetapi yg bekerja gaji tak jalan. Ingat PMX bekerja tak ambil gaji tapi cara beliau bekerja lebih dari org makan gaji.

Tak cukup dgn itu bila PMX diserang pihak lawan, PMX kena lawan sendirian. Difitnah pihak lawan, PM kena jawab sendirian, diserang isu agama pun PM yg kena jawab seolah beliau Ulama.

Mana Ustaz2, Mufti, Menteri Agama…? Jgn perjuangkan nak pangkat sahaja Ya Akhi. Akidah umat Islam sedangkan disesatkan, fitnah sdg berleluasa dgn serangan ayat Al Quran…jihad.

Tak kan nak suruh Cybertrooper menjawab fitnah agama? Siapa nak percaya kerana Cyto ini bukan ahlinya. Bila org ada ilmu agama menyerang ( manipulasi agama ), biarlah org yg mempunyai taraf ilmu yg sama menjawabnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...