Monday, July 26, 2021

APABILA ORDINAN DARURAT DIBATALKAN MAKA SEGALA TINDAKAN KERAJAAN PN MENJADI BATAL DAN TIADA KESAN


 KESAN PEMBATALAN ORDINAN DARURAT

1. Pengumuman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) bahawa kesemua 6 Ordinan Darurat telah dibatalkan oleh kerajaan PN pada 21 Julai 2021 lalu adalah mengejutkan kerana dibuat dengan sembunyi dan tidak digazetkan di dalam Warta Kerajaan. Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan mewajibkan undang-undang darurat dibentangkan dan diluluskan di Parlimen, tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan. Ini jelas menunjukkan kerajaan takut untuk membentangkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan undang-undang lain yang dipinda atau diluluskan ketika darurat sebelum ini dilaksanakan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...