Wednesday, April 11, 2018

Presiden Pas minta Tuan Ibrahim jangan ganggu SPR


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilaporkan meminta semua pihak menghormati keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, SPR sebagai badan bebas berhak untuk menetapkan tarikh pilihan raya di negara ini selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kesesuaian masa dan pertimbangan lain difikirkan perlu.

“Mengenai (penetapan) tarikh pilihan raya, itu kerja SPR dan terpulanglah kepada mereka bila nak buat (hari mengundi). Yang penting ialah kesediaan rakyat untuk (keluar) mengundi pada tarikh berkenaan.

“Tak perlulah kita ganggu tugas mereka (SPR), nak perintah dia buat itu dan ini. Tugas kita sekarang ialah menggerakkan jentera parti, manakala pengundi pula kena bersedia untuk mengundi parti yang mereka sokong,” katanya menurut laporan Berita Harian hari ini.

Beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan tersebut beliau pada sidang media selepas ceramah Amanat Pilihan Raya: PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih dekat sini, malam tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...