Kerajaan tidak menerima sebarang permohonan untuk diadakan Oktoberfest yang diterjemahkan sebagai ‘pesta arak’ oleh sesetengah pihak, kata Menteri Wilayah , Khalid Samad.
Jika kerajaan menerima permohononan pun, pihak penganjur perlu mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, garis panduan perlu dipatuhi untuk memastikan umat Islam tidak menghadiri pesta itu dan bukan diadakan dikhalayak ramai, yang diadakan di premis berkenaan.
“Jika mereka mahu menganjurkan acara itu, mereka mesti membuat permohonan terlebih dahulu. Dan jika mereka membuat permohonan, maka mereka perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya media mengenai sambutan Oktoberfest di dua lokasi yang akan diadakan di Mid Valley dan Kepong.