CERITA TELUR
1. Malaysia dikenali sebagai negara pengeksport telur. Pengeluaran telur Negara pada waktu dahulu telah melebihi 100% sehingga boleh dieksport.
2. Namun pandemik Covid dan PKP telah menyebabkan permintaan telur menurun dengan mendadak kerana sekolah, hotel, kedai makan, kedai kek dan sebagainya tidak dapat beroperasi.
3. Akibatnya pengeluar telur terpaksa mengurangkan kos operasinya dan terpaksa mengecilkan pengeluaran. Anak ayam penelur yang baru tidak dibeli, ramai pekerja mereka dihantar pulang ke negara asal mereka.
4. Kebanyakan anak ayam penelur dibeli dari luar negara. Anak ayam penelur perlukan 2.5 bulan untuk mula bertelur. Pada usia 3 bulan, telurnya bersaiz kecil (Size C & D), pada usia 7 bulan ayam penelur akan dijual sebagai ayam pencen kerana produktivitinya telah menurun.