PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN: FAKTA ATAU AUTA?
Ada pertuduhan kononnya kerajaan baru ini akan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan agar bandar-bandar dikuasai oleh kaum tertentu sahaja.
Untuk pengetahuan semua, sekiranya pilihanraya kerajaan tempatan ini hendak dilaksanakan, Parlimen hendaklah terlebih dahulu meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Ini kerana dalam akta ini, pemilihan ahli majlis akan dilakukan oleh kerajaan negeri dan bukannya melalui sebarang bentuk pilihanraya.
Pindaan ini memerlukan majoriti mudah. DAP atau PH tidak mampu untuk meminda akta tersebut sendirian memandangkan mereka hanya mempunyai 82 kerusi parlimen sahaja.
UMNO - BN daripada awal sudah berpendirian tidak akan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan. Tanpa sokongan daripada UMNO - BN, pindaan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan
Jesteru itu, tidak perlu memainkan isu perkauman keterlaluan. UMNO akan sentiasa kekal berpendirian mempertahankan perlembagaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa Bumiputera dan kedudukan Islam. Ini adalah perkara yang tidak pernah kami kompromi apabila bekerjasama membentuk kerajaan dengan PH.