Sunday, October 7, 2018

Maaf.. Malam esok saya nak berkempen untuk Anwar bukan nak debat dengan Hadi - Tun M

Dr Mahathir tolak pelawaan forum dengan Abdul Hadi
Tarikh kemaskini: 07/10/2018


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan untuk berforum dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kunjungannya ke Port Dickson, esok.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain.

Dr Mahathir menegaskan beliau ‘turun’ ke Port Dickson esok hanya bagi berkempen untuk calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak payahlah (untuk berforum dengan Abdul Hadi). Malam esok saya pergi (Port Dickson), tapi bukan nak forum dengan dia. Saya nak pergi kempen untuk Datuk Seri Anwar,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), di sini malam ini.

Kenyataan Mujahid: The Star perlu mohon maaf - SU akhbar


Akhbar The Star perlu memohon maaf kerana mengambil kenyataan Datuk Mujahid Yusof Rawa di luar konteks, kata Setiausaha Akhbar kepada Menteri Hal Ehwal Islam itu, Siti Zulaikha Zulkifli.

Zulaikha juga memberi amaran 'tindakan lebih tegas" akan diambil jika permohonan maaf tidak diterima dalam masa 24 jam.

"Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada menteri.

"Saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka.

Apabila kenyataan Mujahid dalam isu KHALWAT disalah definasikan

Kenyataan Rasmi Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI) Berkaitan Isu Tular Menghalang Pencegahan Maksiat Oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr. Mujahid Yusof

Berdasarkan perkara-perkara berikut:

i) Transkrip asal temubual YB Menteri dengan wartawan The Star bernama Zakiah Koya dalam bahasa Inggeris yang diperolehi daripada Setiausaha Akhbar Menteri
ii) Keratan akhbar The Star bertarikh 6 Oktober 2018
iii) Kenyataan-kenyataan akhbar pihak-pihak berkepentingan dalam masyarakat seperti para mufti dan peguam syar’ie
iv) Respon masyarakat awam di laman sosial
v) Penafian YB Menteri terhadap berita akhbar The Star melalui siaran TV al-Hijrah

Adalah dengan ini pihak ilmuan NUNJI mengesahkan bahawa frasa yang digunakan akhbar The Star “No more moral policing” (“Tiada lagi polis moral”), “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims' private lives” (“Tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke atas kehidupan peribadi orang Islam”) dan “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings” (“Tiada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tiada lagi pemecahan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau lain-lain kesalahan yang disyaki”) yang telah menimbulkan fitnah dan salah faham masyarakat itu BUKANLAH frasa atau ayat yang digunakan sendiri oleh Datuk Dr Mujahid dalam temubual itu, tetapi hanyalah ayat-ayat yang ditafsirkan dan disimpulkan sendiri oleh pemberita The Star.

Kajian mansuh hukuman mati di peringkat akhir - Liew

Kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dalam peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau kajian tersebut dilaksanakan oleh pihak Peguam Negara berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabangsa berkaitan Hak Asasi Manusia.

"Kajian hukuman mati mandatori ini sudah dalam peringkat akhir dan saya yakin sekiranya sempat kita akan bentang Rang Undang-Undang ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhkan atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Malam Mesra Integrasi Sosial Bersama Komuniti di Kampung Karamunting di Sandakan, Sabtu malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...