Sunday, December 30, 2018

Sejauh mana kita tahu insentif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia?

Sejauh mana kita tahu insentif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia?

Senator Aiman Athirah Al-Jundi yang merupakan Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional dalam posting di Facebook beliau bertajuk “Sejauh mana kita tahu…” menyenaraikan antara insentif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia seperti berikut:

1. Rebat bil elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga miskin dan miskin tegar berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih.

2. Harga runcit bahan bakar lebih rendah bermula 1 Januari 2019.

3. Peruntukan khas berjumlah RM77 juta Kementerian Kewangan kepada peneroka FELDA bagi tahun 2018.

4. Geran sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).

5. Bayaran bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

6. Penetapan semula harga minimum getah sekerap pada kadar RM2.50 per kilogram berbanding sebelumnya RM2.20 per kilogram bermula tahun depan (naik 30 sen/kg).

Saturday, December 29, 2018

Permohonan bekas pemimpin Umno belum lulus, kata Muhyiddin


Muhyiddin Yassin ditemui pemberita selepas melancarkan AGM Pemuda dan Wanita PPBM di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: PPBM memaklumkan permohonan masuk bekas pemimpin Umno selepas kemasukan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali belum diluluskan sehingga hari ini.

Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gelombang penghijrahan kedua itu dan seterusnya juga perlu melepasi beberapa halangan yang diletakkan seperti yang dipersetujui.

“Mereka perlu melalui suatu tempoh sebagai ahli politik bebas dan kemudian akan melalui proses tapisan,” katanya pada sidang media sempena pelancaran mesyuarat agung tahunan Pemuda dan Wanita PPBM di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Thursday, December 27, 2018

LUAR BIASA ERDOGAN MENUTUP TIRAI 2018


1. Tahukah anda, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pernah dipenjarakan 20 tahun lalu hanya kerana membaca puisi berikut:

“Masjid-masjid ialah berek tentera kita
Kubah-kubah masjid ialah topi keledar kita
Menara-menara masjid ialah bayonet kita
Orang-orang yang beriman pula ialah tentera kita”

2. Siapa sangka, 20 tahun kemudian beliau telah diizinkan Allah untuk bukan sahaja mengalahkan pakatan ‘ultra-sekular’ yang menguasai politik Turki sejak sekian lama, bahkan lebih gemilang lagi berjaya menyatukan aset ketenteraan berskala besar dari Timur (Rusia) dan Barat (Amerika) di tangan Turki. Tentulah bukan mudah bagi beliau untuk mencapai kedudukan hari ini.

Skandal 1MDB pecah terburai di saat BN tumbang dalam PRU14


https://www.thestar.com.my/~/media/online/2017/12/01/04/00/1mdb-april16.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=2A960BE604B8D38A3ACD3E6CDEEBB458791051BC
Skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Malaysian Official no.1 yang sebelum ini ditutup begitu rapi akhirnya pecah terburai pada saat kerajaan Barisan Nasional yang memerintah tumbang di tangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tumbangnya apa yang dipanggil kerajaan kleptokrasi BN itu pada 9 Mei lalu membuka ruang kepada kerajaan baharu parti gabungan Pakatan Harapan (PH) membongkar satu demi satu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam skandal mega itu yang melibatkan wang berbilion ringgit.

Sebelum tegaknya kerajaan PH, siasatan mengenai 1MDB hanya dapat dilakukan oleh kerajaan-kerajaan luar termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Singapura, Switzerland dan Indonesia.

Keputusan PRU14 itu membolehkan PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara yang sekali gus membenamkan 61 tahun pentadbiran BN.

Berikutan itu, pada 15 Mei, kerajaan PH bertindak mengklasifikasi semula dokumen 1MDB oleh Jabatan Audit Negara yang sebelum ini dikelaskan sebagai “Rahsia” di bawah Akta Rahsia Rasmi sejak Januari 2016.

Pengklasifikasian semula dokumen itu membuka “terlalu banyak pekung di dada”.

Tiada kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya tahun depan

Tiada kenaikan kadar  tol di 21 lebuh raya

Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara pada tahun depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM994.43 juta.

Beliau berkata, Kabinet pada 12 Disember lalu bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada 2019.

“Ia adalah satu penambahbaikan ketara kepada pengumuman Belanjawan 2019 pada 2 November lalu yang hanya membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar saja untuk tahun hadapan.

“Implikasi kewangan itu membabitkan pembekuan kenaikan kadar tol berkenaan merangkumi 21 lebuh raya; kadar tol bagi bas di 8 lebuh raya berasingan dan pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Insentif-insentif dari Kerajaan Malaysia Baru kepada Rakyat Malaysia


1. Rebat Bil Elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga Miskin & Miskin Tegar berdaftar & disahkan dalam Sistem e-Kasih.

2. Harga Runcit Bahan Bakar lebih rendah bermula 1 Januari 2019.

3. Peruntukan Khas (RM77 juta) Kementerian Kewangan kepada Peneroka FELDA bagi tahun 2018.

4. Geran Sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).

5. Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

FAKTA : Jumlah menteri dengan komposisi kaum dalam Kerajaan PH

KOMPOSISI KAUM DALAM KABINET MALAYSIA 2018

Sewaktu kempen PRU14 yang lepas, berlaku kebimbangan oleh sebahagian rakyat bahawa kaum Cina akan mendominasi kerajaan jika PH menguasai kerajaan.

Kebimbangan itu ada asasnya, kerana kaum Cina sebulat suara cenderung memberi undi kepada PH melalui calon-calon DAP dan PKR, manakala undi orang Melayu terpisah kepada tiga gabungan iaitu BN, PH dan PAS.

Kebimbangan ini dijadikan strategi kempen oleh lawan PH bahawa orang Melayu akan hilang kuasa, kedudukan dan keistimewaan jika PH menguasai Putrajaya.

Wednesday, December 26, 2018

Bayaran RM300 BSH dipercepatkan ke 28 Januari

Bayaran RM300 BSH dipercepatkan ke 28 Januari

Sehingga 4.1 juta isi rumah akan menerima bayaran fasa pertama sebanyak RM300 menerusi program Bantuan Sara Hidup (BSH) mulai 28 Januari ini.

Rancangan itu dipercepatkan berbanding cadangan kerajaan sebelum ini untuk membiayai dana berkenaan selepas Tahun Baru Cina.

Walau bagaimanapun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berkata pihak kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat cepat sebelum bulan Februari 2019.

Tuesday, December 25, 2018

'Mujahid Yusof Rawa menteri paling teruk'

'Mujahid Yusof Rawa menteri paling teruk'
Muammar Qaddafi Mohd Nasir

Media sosial telah memainkan peranan mereka dengan baik sejak PRU14, sama ada menjadi alat tumbangkan pemerintahan Barisan Nasional setelah lebih 60 tahun memerintah, juga sebagai alat teguran yang paling berkesan kepada para menteri Pakatan Harapan.

Di media sosial juga, beberapa nama menteri telah digambarkan sebagai menteri yang gagal, antaranya ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang memegang jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, juga Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek.

Namun sejauh mana gambaran itu membawa perkara sebenar, adalah sesuatu yang boleh dipertikai, tidak sedikit penulisan-penulisan yang kemudiannya menjelaskan situasi sebenar dan duduk perkara yang lebih jelas terutama mengenai Dr Maszlee, beliau adalah menteri yang boleh dikatakan menjadi mangsa di media sosial juga media massa.

Monday, December 24, 2018

Adakah Kerajaan PH berada dilandasannya atau sekadar kerajaan sepenggal?


22/12/2018, Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily 林瑞源 (Lin Rui Yuan), telah menulis dalam kolum isu semasa dengan tajuk “问题出在敦马 – masalah berpunca dari Tun M”.

Ikutilah terjemahan saya dari artikel ini. Artikel asal bahasa bahasa Mandarin boleh dilawati di : http://www.sinchew.com.my/node/1824083

Pada hari semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebaik saja selesai mempengerusikan mesyuarat kabinet terus meluangkan masa selama 90 minit menaiki cruise mengelilingi Tasik Putrajaya sambil menikmati keindahan Putrajaya. Dengan berita ini memberikan anggapan kepada semua orang bahawa menteri-menteri dah berasa lega.

Mengapa jiwa dah berasa lega, adakah semuanya telah berada dalam landasan yang betul atau hanya merasakan syok sendiri ?

Sunday, December 23, 2018

Sendiri reka cerita.. Sendiri fitnah.. Sendiri siar dalam akhbar.. Sendiri Percaya..

Depa reka cerita..Depa Fitnah.. Siar dalam akhbar Fitnah depa.. Lepas tu depa beriman dan percaya degan Fitnah yang mereka lakukan sendiri..Pelik depa terbitkan fitnah..Depa cetak, lepas tu pengikut semua Percaya..

Kalau tauliah dibawah Gobind, Wanji dah boleh mengajar di Masjid di Selangor.. Dr Maza dah boleh mengajar di Johor..dan Dr Rozaimi dah boleh mengajar di Perak.. hari ini yg bebas buat kerja jahat , berpolitik di Masjid cuma lebai2 PAS..

Si Nazmi Karim ni memang rajin buat cerita Hoax dari zaman cerita dongeng Syria untuk minta Derma lagi..Kalau ada cerita datangd ari Ustaz2 Sampul macam ni.. ustaz2 kaki minta derma..hati hati ah..

Tuesday, December 18, 2018

Al Fatihah untuk Muhammad Adib


Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan perkara itu ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

Alamat rumah keluarga arwah untuk sesiapa yang mahu menziarahi - No 92 Kampung Tebengau Tepi Laut, 06600 Kuala Kedah, kedah.

Sunday, December 16, 2018

Khalid Samad mohon maaf dan penjelasan berkenaan "NABI TAK TUNAI JANJI"

PENJELASAN KES "NABI TAK TUNAI JANJI".

Banyak pihak hari ini telah menegur saya berhubung kenyataan saya mengenai ketidak mampuan PH menunaikan janji manifesto.

Mereka menyatakan bahawa ramai boleh tersalah faham dengan kenyataan itu sehingga menganggap saya ingin menutup kelemahan PH dalam melaksanakan Manifesto PH sepenuhnya dengan menyandarkan kepada Nabi (SAW).

Dalam erti-kata lain seolah-olah Nabi (SAW) sama lemah dengan PH!

Ada juga yang kata saya tuduh Nabi (SAW) mungkir janji!

Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk menyandarkan kelemahan PH kepada peribadi Nabi (SAW).


Atau menuduh Nabi mungkir janji. Jika ada yang faham begitu, saya memohon maaf dan memohon ampun kepada Allah dan RasulNya itu.

Thursday, December 13, 2018

APA SEBAB SPV KEMENTERIAN KEWANGAN PEGANG ASET TABUNG HAJI?


Saya akan cuba mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung Tabung Haji kepada SPV bagi tindakan jangka pendek dengan bahasa mudah dan difahami orang awam.

Menurut standard laporan kewangan (FRS), sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, menurut PWC, Tabung Haji menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.

PWC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.

ZETI SOKONG BANK NEGARA KAWAL SELIA TABUNG HAJI


Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyokong kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas Lembaga Tabung Haji (TH), mengatakan penglibatan bank pusat dalam pelan pemulihan menyeluruh lembaga itu sebagai “perkara penting”.

Bekas gabenor bank pusat itu tidak melihat sebarang masalah dengan penglibatan BNM dalam pelan memulihkan penyata kira-kita TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017, seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“Mesti ada kawal selia badan pengawal keseliaan (regulatory authority). Perkara itu penting,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Pengimejan IJN-PNB di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

PENDEDAHAN KEWANGAN TABUNG HAJI PERLU DISIASAT BUKAN DIBELA

Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional

1. Pemuda AMANAH memandang serius empat perkembangan terkini yang telah mencemarkan imej institusi Islam di Malaysia iaitu Lembaga Tabung Haji. Pemuda AMANAH juga kecewa kerana semua masalah yang telah dibangkitkan berkaitan Tabung Haji baru-baru ini telah timbul ketika pemerintahan Barisan Nasional, namun tidak diselesaikan malah telah disembunyikan. Ini dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Muslim Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

2. Baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa telah mendedahkan kepincangan kewangan Tabung Haji yang telah mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion. Beliau juga telah mendedahkan bahawa hibah ataupun dividen Tabung Haji telah diedarkan walaupun nilai liabiliti badan berkenaan jauh melebihi jumlah asetnya sejak tahun 2014. Perkara ini yang telah melanggar Akta Tabung Haji 1995, juga telah disahkan oleh laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC), salah satu syarikat audit terkemuka dunia.

Wednesday, December 12, 2018

PH Perintah 7 bulan tapi menteri penerangan dengan unit media mereka dianggap GAGAL & LEMBAB

Buat pemimpin2 PH
DI MANA KELEMAHAN PH?

Bila PH menguasai kerajaan sepatutnya BN dan PAS mudah dilumpuhkan dlm ingatan dan kesetian org Melayu tetapi sebaliknya berlaku walaupun pada hakikatnya UMNO Sabah kini hampir lumpuh.

Pertama Tun Mahathir sebagai PM juga mempunyai kelemahannya walaupun beliau dilihat hebat berjaya mengetuai PH menumbangkan BN. Tun silap melantik beberapa Menteri Kabinetnya sepertimana dia akui tersilap melantik Pak Lah dan Najib dahulu. Tun dilihat tidak berbisa seperti dahulu... mungkin faktor usia.

Antara kesilapan besar Tun apabila dia melantik Gobind Singh sebagai Menteri Multimedia. Ia sebenar adalah Kementerian yg sgt penting dlm membantu meningkatkan imej PH dan melemahkan BN.

Gobind Singh bukan org media, bukan org Melayu dan bukan pakar strategi politik yg baik. Lebih parah RTM sendiri dikuasai oleh org Melayu yg masih ramai pro kpd BN.

Walaun PAS ingat Tabung Haji ni sama macam Tabung Memali..!

Komentar Ipoh Mali.

Belum apa apa depa dok sebar fitnah yang Tabung Haji akan dikawal DAP.. kalau hat sebar benda Jahat ni Walaun hat jual keropok lekor di Seberang Takir.. hat jual dasi dagang kat besut .. atau nelayan di Marang, takpe la jugak..Tapi taraf ada PHD dan Profesor..

Betul lah Hadis sebut tentang Kelompok Ruwaibidhah.. Safih(Bodoh) ni.. Orang yg Bodoh yg nak bicarakan urusan dunia(masyarakat)..

Tak habis habis nak Main sentimen perkauman.. Semua benda nak salahkan DAP walhal takda kena mengena, hat merompak buat kerja Jahat tu rakan tawwun hat depa julang dalam himpunan ICERD..

Ernst & Young sangkal kenyataan Azeez kata mereka jadi juruaudit TH

Ernst & Young nafi jadi juruaudit Tabung Haji

Firma Ernst & Young (EY) menjelaskan bahawa mereka bukanlah juruaudit Lembaga Tabung Haji (TH) dan tidak mengeluarkan sebarang laporan audit berhubung penyata kewangan TH.

Dalam satu kenyataan, EY berkata, ia tidak menyemak penyata pendapatan TH dan tidak terlibat dalam penilaian aset dan liabiliti TH dan aset anak-anak syarikatnya.

Penjelasan itu dibuat berikutan pelbagai laporan media hari ini mengenai EY dan TH.

Sebaliknya, seperti yang dinyatakan dalam laporan EY kepada lembaga pengarah TH, EY menyatakan bahawa ia telah ditugaskan lembaga pengarah badan itu untuk melaporkan sama ada kunci kira-kira pro forma pada 31 Dis 2015, 31 Dis 2016 dan 31 Disember 2017 telah disediakan dengan sempurna berdasarkan kriteria yang boleh digunakan atau tidak.

Tuesday, December 11, 2018

Benarkah PH dah gadai TABUNG HAJI kepada cina DAP seperti kata walaun?

Aset Tabung Haji Diletak Di bawah Seliaan dan Kawalan Bank Negara Malaysia

Bermula Januari tahun depan aset TH bernilai 19.9B akan diletak di bawah seliaan dan kawalan Bank Negara Malaysia sebahagian daripada langkah pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

Penubuhan syarikat tujuan khas (SPV) pada bulan ini bagi mengambil alih, memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset yang menunjukkan prestasi lemah.

Menurutnya, antara langkah yang akan diambil SPV berkenaan adalah menjual aset yang tidak menunjukkan prestasi baik bagi memulihkan kedudukan kewangan TH.

Secara tiba-tiba, timbul isu para Lebai bangkitkan institusi memegang deposit terbesar orang Islam Malaysia akan diletak di bawah kawalan menteri bukan Islam, saya percaya dirujuk kepada Menteri Kewangan, YB Tuan Lim Guan Eng.

Apa punya manusia, Tabung Haji pun mereka noda

A Kadir Jasin

ULASAN | Berita buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi.

Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara daripada BN pada 9 Mei lalu, satu demi satu skandal kewangan terbongkar.

Semakin hari apa yang ditakuti semakin menjadi kenyataan iaitu bawah telunjuk bekas perdana menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas.

1MDB, Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (TH). Daripada apa yang kita dengar, senarai ini akan menjadi lebih panjang.

Letak TH di bawah BNM langkah baik: Anwar


KUALA LUMPUR - Meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) penting ke arah menumpukan semula kepada tujuan asalnya, kata Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun katanya, banyak lagi yang perlu dilakukan dari segi kawal selia, tetapi tidak mengulas lanjut.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Simposium Tahunan mengenai Kewangan Islam Kali Keempat di sini hari ini, beliau berkata TH merupakan institusi yang baik, tetapi telah disalah urus oleh pihak yang menggunakannya untuk kepentingan politik atau peribadi.

“TH merupakan satu contoh bagaimana pengurusan yang 'goblok' (bodoh) yang merosakkan dan mengkhianati amanah.

Isu Tabung Haji; Serahkan Pada Audit Bebas


1. Kerajaan PH perlu menyerahkan kepada audit luar dan bebas untuk melakukan Audit terhadap akaun TH. Sudah banyak kali kerajaan PH bermain dengan angka bagi mengelirukan masyarakat. Penilaian aset TH sehingga dikira lebih rendah daripada nilai pendeposit boleh terdedah kepada permainan angka yang mengelirukan.

2. TH adalah aset besar bagi umat Islam. Jangan pula ia dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kerajaan PH membayar dividen sepertimana sebelum ini kepada para pendeposit TH.

Monday, December 10, 2018

Ustaz Pro PH & PAS pertahan TunM dalam isu terjemahan ANGEL & MAKLAIKAT!


Ramai bertanya saya tentang kenyataan Tun Mahathir berkenaan "even angels make mistakes".

Maafkan saya kerana lambat respon isu ini kerana faktor kesihatan saya yang kurang baik menyebabkna saya lewat memberikan pandangan.

Apa-apa pun saya kira siapa pun yang keluarkan kenyataan, sebagai Muslim kita perlu merujuk kepada kenyataan asal beliau. Kita perlu berlaku adil walaupun dengan orang yang kita tidak suka. Setelah saya menonton videonya, saya dapati bahawa angels yang beliau maksudkan ialah orang baik.

Najib ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 10.51 pagi Isnin.

Sumber SPRM memaklumkan Astro AWANI, Najib ditahan berkaitan kes pinda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada awalnya, Najib hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berkaitan isu berkenaan.

TERKINI : TABUNG HAJI KINI BERHUTANG RM4.1 BILION

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof mendedahkan bahawa kedudukan kewangan Tabung Haji amat kritikal.

Berdasarkan audit yang dilakukan oleh
PricewaterhouseCoopers (PwC), aset yang dimiliki ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala liabiliti (tanggungan) sebanyak RM74.4 bilion.

Ini bermakna Tabung Haji mengalami defisit (hutang) sebanyak RM4.1 bilion setakat 31 Disember 2017.

Penemuan PwC itu mendapati pengurusan lama tetap memberi hibah atau dividen kepada pendeposit sedangkan Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995 menjelaskan hibah hanya boleh diberikan jika aset melebihi liabiliti. Kecurangan ini dilakukan sejak 2014.

PAS, Umno akan keluarkan Malaysia dari PBB?

ULASAN | Tidak dinafikan perhimpunan kesyukuran terhadap kerajaan untuk tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd) pada Sabtu lalu berlangsung dengan aman tanpa sebarang rusuhan.

Bahkan selepas selesainya perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu, penganjur mengotakan janjinya untuk tidak meninggalkan sampah-sarap selepas tamat perhimpunan.

Namun, adakah ini bermakna ia merupakan satu penanda aras bahawa objektif perhimpunan itu dianggap tercapai?

Ini kerana himpunan yang disertai oleh pemimpin tertinggi Umno dan PAS di ibu kota itu juga secara terang-terangan menampakkan kemarahan mereka terhadap bukan Islam dan bukan Melayu.

Usah panjangkan umur kerajaan PH, doa ulama PAS

Salah seorang pemimpin kanan PAS yang diberi ruang di pentas di himpunan membantah Icerd menggunakan kesempatan itu untuk memanjatkan doa agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) 'pendek umur'.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dr Nik Zawawi Salleh berkata kerajaan PH hari ini tidak boleh diharap kerana tidak bertanggungjawab.

Malah katanya PH juga cuba untuk menggadaikan Islam.

“Kami menghadapi sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab di negara kami ini, ya Allah.

"Kerajaan yang cuba untuk menggadaikan agama-Mu ya Allah, kerajaan yang cuba memecah-belahkan perpaduan masyarakat Melayu ya Allah.

“[...] Jangan sekali-kali Kamu jadikan umur mereka ini panjang ya Allah. Pendekkanlah umur kerajaan PH ini ya Allah," katanya yang memimpin bacaan doa di akhir perhimpunan.

Perhimpunan BANTAH ICERD 8 Disember 2018 - TunM yg menang sebenarnya

HEBAT & BIJAKSANA TunM


Perhimpunan BANTAH ICERD 8 Disember 2018 ; TunM yg menang sebenarnya.

Kenapa dikatakan TunM menang?

1) Dia P.M. yg telah benarkan perhimpunan aman.

2) Masa P.M. dulu peserta BERSIH dihalang ke Dataran Merdeka dgn memasang kawat berduri.

3) Dia benarkan perhimpunan di venue yg bersejarah seperti Dataran Merdeka & Paling Strategik utk di tonton oleh pemberita luar..

4) RATUSAN RIBU peserta HIMPUNAN BANTAH ICERD TELAH MENOLONG P.M. memberikan jawapan kpd PBB bahwa rakyat Malaysia belum bersedia menerima Ratifikasi ICERD. (makna bukan dia tidak mahu... tapi rakyat... memang bijak TunM ni)

HIMPUNAN PAS/UMNO TIDAK MAMPU TUMBANGKAN PAKATAN HARAPAN

Berapa ramaikah yang hadir dalam himpunan anti ICERD semalam?

Pihak polis mengatakan 55 ribu, Malaysiakini menganggarkan 80 ribu, Malay Mail pula mengatakan jumlahnya melebihi 100 ribu manakala Zahid Hamidi dalam ucapannya menyebut 500 ribu.

Tetapi, Tun Mahathir Mohamad kemudiannya menyindir dengan mengucapkan tahniah kerana 1 juta telah hadir dalam himpunan tersebut.

Berapa ramai sebenarnya yang hadir?

Sunday, December 9, 2018

Isu Icerd: Peluang tipu umat Melayu lagi?

Isu Icerd: Peluang tipu umat Melayu lagi?

ULASAN | Ketika saya menulis ini, perhimpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) anjuran PAS dan Umno sedang berlangsung.

Perhimpunan ini pada asalnya adalah untuk membantah ratifikasi berhubung Icerd. Tetapi kini ditukar dan secara tidak langsung ia menggambarkan bahawa kumpulan ini bersetuju dengan keputusan kerajaan.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa kerana membenarkan demonstrasi ini berjalan selaras dengan hak untuk berhimpun oleh mana-mana pihak.

Dr M ulangi pendirian: Kita tak boleh terima Icerd

Selepas berlangsungnya perhimpunan kesyukuran terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf konvensyen PBB mengenai kesetaraan kaum (Icerd) hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulang pendirian untuk tidak memeterai perjanjian tersebut.

Beliau berkata ini kerana Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum itu tidak membenarkan kerajaan merangka dasar langkah afirmatif (yang mengutamakan kaum atau kumpulan tertentu yang terpinggir dan mundur).

"Kalau kita tidak beri peluang kepada orang Melayu peluang lebih daripada kaum lain, kalau kita percaya kita mesti beri apapun secara sama, equality, maka yang sudah cekap akan lebih berjaya dan tidak cekap jadi lebih mundur.

"Sebab itu kita tidak boleh terima Icerd kerana ia tidak beri hak kepada kita untuk membezakan layanan bagi kaum-kaum di Malaysia.

Friday, December 7, 2018

Tuanku Sultan Nazrin tegoq kelompok Melayu yang taksub & ashabiyah!


Alhamdulillah.. Apa yang sentiasa diingatkan aku akan bahaya kepada masyarakat Melayu kelompok pentaksub dan Ashabiyah, dan aku ingatkan orang Melayu hanya mampu dibangunkan mereka dengan Ilmu dan kefahaman beragama.. Ummat Melayu harus keluarkan dari kemiskinan..

Akhirnya dititahkan oleh Sultan yang bijaksana, Sultan Nazrin Shah..Sunguh tajam dan halus apa yg cuba disentuh.. Dalam titahnya semalam.. dipetik Sultan Nazrin berkata..

“Tetapi hari ini umat Melayu kelihatan beransur lemah, kerana umat Melayu telah kehilangan semangat ukhwah, umat Melayu telah lemah jati diri, umat Melayu semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan, umat Melayu semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

ULAMA PAS JUAL AGAMA UNTUK LABA POLITIK KEPARTIAN

ULAMA PAS JUAL AGAMA UNTUK LABA POLITIK KEPARTIAN

dalam isu perhimpunan icerd, hj hadi keluarkan suatu hukum syarak sesuka hatinya sahaja. apa sandaran daripada syarak untuk mengatakan hadir perhimpunan bantah icerd fadhu ain?

jika dikata icerd mengancam islam, kerajaan sudah beri komitmen untuk tidak ratifikasi icerd. dari satu sudut, islam masih bertapak kukuh bahkan berkembang dengan positif di negara-negara peratifikasi icerd termasuk negara islam.

hukum fardhu ain tak boleh diguna ke atas sesuatu urusan tanpa sandaran jelas dan sahih daripada sumber syarak. jika dibuat sebegitu, agama dan hukum syarak akan menjadi bahan mainan sesiapa saja sesuka hati, terutama orang politik.

Thursday, December 6, 2018

ICERD ATAU ICURI?

Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 06/12/18
( 1 - 31 )

1. Saya amat tertarik dengan lakaran - lakaran kartun Zunar dan beberapa kartunis lain dengan tajuk dan motif kelakar tapi penuh dengan mesej dan pesanan.

2. Jika lakaran seperti yang dilampirkan ini dilukis semasa zaman Najib memerintah dahulu sudah pasti bukan sahaja lakaran tersebut dirampas dan dimusnahkan, malah pelukisnya akan dipenjarakan.

3. Sebagai contoh Zunar bukan sahaja pernah dikasari tapi pejabat beliau digeledah; 9 tajuk buku karyanya beserta ribuan buah jilidnya turut dirampas.

Mufti ulas berkenaan dakwaan adanya ayat Melayu dalam Al-Quran


KANGAR 5 Dis. - Perkataan Al-Malau al-A'la di dalam al-Quran tidak mungkin membawa maksud Melayu kerana berasal dari dua perkataan al-Mala dan al-A'la yang merujuk kepada malaikat.

Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan, manakala perkataan al-Malau pula merujuk kepada pembesar yang mempunyai pengikutnya yang sombong dan menentang para rasul.

Kata beliau, perkataan itu yang banyak ditemukan di dalam al-Quran juga membawa maksud yang tidak baik.

"Sehubungan itu dakwaan bahawa perkataan Melayu ada disebut di dalam al-Quran adalah tidak benar.

Wednesday, December 5, 2018

Selepas ICERD dikatakan nyamuk denggi, agenda Freemason kini Hadi kata lembu tak disembelih pula..!

Selepas memberikan perumpamaan ICERD seperti nyamuk denggi, agenda Freemason, Hj Hadi sekali lagi memunjukkan Kejahilannya bila memberikan perumpamaan ICERD bagai Lembu tidak disembelih.. Begitu Tingi Mantiqnya ketika mana meluahkan rasa Dendam..

Dibahaskan pula kenyataan Tun Mahathir tentang perkataan Mustahil, ditakwilkan ICERD umpama sifat mustahil bagi Allah dan Rasul.. apa lagi sifat mustahil bagi makhluk berbeza.. lepas tu kata Hj hadi, perjuangan menentang ICERD umpama Fardhu ain.. Dah standard guru KAFA pulak Hj Hadi ni bicara soal Fardhu Ain dan Kifayah..

Tuesday, December 4, 2018

Adakah tugas pembangkang sekarang sekadar terpekik terlolong saja?

Sebagai pembangkang, sewajarnya tugas mengawasi keputusan dan tindak-tanduk kerajaan ini adalah tugas pembangkang (iaitu PAS dan UMNO).

Jadi, jika sistem harga minyak yang ada sekarang ini boleh diperbaiki, sepatutnya PAS dan UMNO yang wajar melakukan kira-kira, kajian lalu membentangkan idea itu kepada rakyat.

Termasuklah tugas memantau harga minyak yang ditetapkan oleh kerajaan.

Itu tugas saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang dahulu. Saya kira, saya bentangkan, saya berhujah.

Saya bagi bukti bagaimana sistem minyak bersubsidi boleh dikembalikan.

Hasil dari pembentangan saya itu, ramai rakyat yang bersetuju. Bila Pakatan Harapan menang, sebahagian dari saranan saya mengenai harga minyak diterima pakai.

RADHI MAT DIN sound "pihak" yang nak ambik player Kedah guna pintu belakang..

“NAK ANAK DARA ORANG, MAI PINANG ELOK-ELOK, BUKAN BAWA LARI MENIKAH DI SIAM”
- RADHI MAT DIN


Bekas kapten Kedah, Radhi Mat Din berkata isu membabitkan Akhyar Rashid tidak akan berpanjangan hingga ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika pihak yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu mempunyai etika, telus dan profesional.

“Sepatutnya depa yang berminat mai bincang elok-elok dengan KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) kerana Akhyar masih ada kontrak dengan persatuan itu, bukannya mengadakan rundingan terus dengan pemain.

“Ibarat kita hendakkan anak dara orang, mai la merisik dan meminang elok-elok, bukan bawa lari menikah di Siam. Itu bukan tindakan anak jantan,” ujar Radhi.

Monday, December 3, 2018

Menjawab kekecewaan Mursyidul Am PAS terhadap AMANAH..

KENYATAAN HASHIM JASIN DAN JAWAPAN SAYA

Saya terbaca beberapa kenyataan Hashim Jasin dalam BH Online dan ini respon saya.

Kata Hashim Jasin:
“Saya kecewa kerana mereka (AMANAH) tidak melakukan perkara yang boleh menyenangkan orang Islam dalam negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)."

Kata saya:
Ini persepsi Hashim dan Pas. Memanglah orang Islam yang menyokong Pas kecewa dan tak senang dengan kemenangan PH. Orang Umno pun begitu juga.

Pas perlu ingat, orang Islam bukan hanya ada dalam Pas tetapi ada dalam parti lain, bahkan lebih ramai orang Islam berada dalam parti lain berbanding dalam Pas.

APAKAH PAS TIDAK PERCAYA ADA PENYELEWENGAN DALAM TABUNG HAJI?


Pas dilaporkan berharap beberapa pendedahan berkaitan isu Tabung Haji kebelakangan ini tidak merupakan satu lagi siri balas dendam oleh kerajaan PH terhadap BN.

Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan berkata, semua dakwaan yang terdedah setakat ini belum dibuktikan dan mesti disiasat, didakwa mengikut proses yang sewajarnya sebelum sesuatu hukuman dapat dibuat.

“Pas berharap pendedahan terhadap penyelewangan yang didakwa berlaku dalam Tabung Haji kini bukan sekadar satu lagi siri balas dendam kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan lama yang direka tanpa bukti yang kukuh," kata beliau dalam satu kenyataan.

Exco Agama jelaskan kenapa program di Masjid Bandar Puteri dibatalkan

Kita Wajib Menjaga Kesucian Masjid Sebagai Rumah Allah

1. Masjid sebagai rumah Allah yang menjadi tempat ibadat kepada semua masyarakat Islam setempat mestilah dipelihara kesuciannya dan sudah tentu menjadi tanggung jawab kerajaan yang memerintah dan seluruh umat Islam di sepanjang masa menjaga ketertibannya dalam semua aspek, samada disegi pentadbiran, kebersihan, program, kuliah dan khutbah demi memastikan kesucian rumah Allah ini sentiasa terpelihara.

2. Sebagai rumah Allah masjid juga adalah tempat penyatuan umat Islam. Ia bukan sahaja tempat pentadbiran dan ibadat khusus malah institusi masjid mestilah berperanan sebagai tempat untuk menyatupadukan masyarakat dan jangan sekali-kali dijadikan medan menimbulkan persengketaan yang akan menyebabkan perpecahan masyarakat.

Sunday, December 2, 2018

RAFIZI DAN TABUNG HAJI: ALHAMDULILLAH

TABUNG HAJI: ALHAMDULILLAH
Rafizi Ramli

Dalam banyak-banyak pendedahan yang saya pernah terlibat, antara sumpah seranah yang paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji.

Saya mula mempersoalkan penglibatan dana Tabung Haji dengan 1MDB sejak Mac 2015.

Apabila rizab Tabung Haji menjadi negatif seperti yang disahkan surat dari Bank Negara, saya mula memberi perhatian meneliti kedudukan kewangan Tabung Haji dan pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang gagal.

Friday, November 30, 2018

Mahkamah isytihar kerusi Cameron Highlands kosong

TERKINI l Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.

Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada BN.

Thursday, November 29, 2018

Mapim seru Pas-Umno tidak teruskan himpunan bantah ICERD

Mapim seru Pas-Umno tidak teruskan himpunan bantah ICERD

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) har ini mahu penganjur demontrasi Bantah ICERD pada 8 Disember depan mengambil pertimbangan dan penelitian secara bijak sana sama ada meneruskan atau membatalkan perhimpunan umat Melayu dan Islam itu di Dataran Merdeka.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata,memandangkan wujud konteks semasa yang tidak kondusif, perhimpunan tersebut adalah wajar dipertimbangkan semula.

“Adalah sangat penting suasana yang boleh disalahguna diambil kesempatan oleh golongan yang mahu mencetuskan huru hara perkauman dan agama untuk meneruskan ketegangan.

“Inilah masanya semua pihak mencari pendekatan damai dan tenang untuk meletakkan kepentingan negara pada keutamaan tertinggi.

“Setelah keadaan dapat dijamin, kami berpendapat isu Icerd boleh dihurai dengan lebih tenang, apatah lagi kerajaan telah memutuskan tidak meratifikasi Icerd.

“Ruang dan kesempatan lain boleh diguna untuk membincang dengan pihak kerajaan untuk menyemak semua perjanjian antarabangsa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Keluar Parti Islam Maka Keluar Islam ?

Keluar Parti Islam Maka Keluar Islam ?
UST ZUL HILMEI MOHAMAD ROHANI

Keluar Parti Islam Maka Keluar Islam ?
Oleh kerana kepelbagian parti politik islam itu bersifat variasi dalam usaha menegakkan kalimah Allah, maka adalah tidak wajar untuk membuat tuduhan bahawa hanya sesuatu jemaah sahaja yang benar manakala yang lain adalah batil. Masing-masing memiliki tujuan yang sama hanya variasinya sahaja yang membezakan.

Oleh kerana ia menyentuh persoalan aqidah dan amalan setiap individu Muslim, Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil Fatwa Dr Yusof al-Qardawi bertarikh 31 Mei 2015 sebagai panduan umat Islam khususnya yang berada di Malaysia, berkenaan dakwaan haramnya menubuhkan parti Islam yang lain, jika sudah terdapatnya parti Islam dalam sesebuah negara.

Fatwa tersebut adalah seperti berikut:

Terdapat satu pandangan lain yang bercanggah dengan pandangan ini; iaitu yang berpandangan kerja jemaah itu wajib dan kewajipan itu hanya eksklusif kepada satu kumpulan tertentu dengan anggapan bahawa kumpulan itu sahajalah yang benar manakala yang lain adalah batil atau sesat.

Maksud firman Allah: “Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran? (Yunus: 32)

Kerajaan akan lulus usul mengenai rumah ibadat, kata Mahathir

Kerajaan akan lulus usul mengenai rumah ibadat, kata Mahathir
Kerajaan akan meluluskan usul dan menjadikankan syarat bahawa rumah ibadat seperti masjid, kuil atau gereja tidak boleh dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masalahnya sekarang ialah “kuil didirikan di atas tanah milik orang lain”.

“Cara ini akan menyelesaikan masalah. Masalahnya sekarang ialah kuil dibina tanpa mengambil kira siapa yang memiliki tanah itu, dan kemudian apabila pemiliknya mahu balik tanah tersebut, ia akan menimbulkan masalah.

“Kuil dibina di mana-mana sahaja walaupun di tanah milik orang lain. Itulah masalah yang kita lihat hari ini,” kata beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Dr Mahathir menjawab soalan mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengelak insiden serupa seperti kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights daripada berlaku.

Wednesday, November 28, 2018

Royalti: Siapa bohong, Hadi atau MB Terengganu?


Ketika Hadi dakwa royalti minyak dihalang, MB Terengganu pula mengesahkan Terengganu sudah terima RM300 juta royalti dari Petronas.
Ketika Presiden Pas mendakwa royalti minyak untuk Kelantan dan Terengganu dihalang oleh Kerajaan Pusat, Menteri Besar Terengganu pula memberitahu negeri itu telah menerima royalti sejak Ogos lalu.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya pada Oktober berkata, Kelantan dan Terengganu dihalang dari mendapat royalti.

Dalam status Facebook dimuat naik Ahli Parlimen Marang pada 20 Oktober itu, beliau mendakwa pembayaran royalti kepada Kelantan dan Terengganu terhalang meskipun ia dijanjikan dalam Manifesto PH sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa veteran DAP, Lim Kit Siang mengajukan perkara tersebut kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng jika beliau mahukan bukti.

Sunday, November 25, 2018

DENGAN PENDEDAHAN JABATAN AUDIT NEGARA, SIAPA AKAN IKUT SAMA NAJIB KE PENJARA?

Sunday, 25 November 2018

SIAPA AKAN IKUT SAMA KE PENJARA?

Jabatan Audit Negara akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan wujudnya arahan untuk meminda atau mengeluarkan bahagian tertentu daripada laporan audit 1MDB pada tahun 2016 yang lalu.

Arahan itu disahkan telah dibuat oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib Razak, Shukri Salleh kepada Ketua Audit Negara ketika itu yang turut dihadiri beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

Dengan kedudukan Shukri sebagai pegawai kepada Najib untuk membuat arahan itu, sudah pasti beliau diarahkan oleh "bossnya" iaitu Najib untuk berbuat demikian.

Saturday, November 24, 2018

Agus - Dengan 5 orang menteri dari Amanah, sekadar 40% sahaja prestasi mereka!

DENGAN LIMA MENTERI, MAMPUKAH AMANAH BERTAHAN SETELAH PRU-15?


Menteri Amanah lima orang. Saya beri purata prestasi mereka 40%, dengan DS Dr Dzulkifley terbaik antara lima. Terbaik kerana beliau menjawab di parlimen dengan baik dan substantif. Yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan.

Seorang menteri Amanah, semasa menjawab soalan di Dewan, suka mengulang perkataan “saya sekarang menteri. Tak cukup peruntukan, saya akan bincang dengan Menteri Kewangan.” Soalan asal dari MP Pembangkang berbelit-belit dijawabnya. Program kementerian banyak yang dirancang, tetapi tiada yang luar biasa. Berterusan retorik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...