Wednesday, November 3, 2021

MENTERI MENOLAK SARANAN ANWAR UNTUK MENYEMAK MYSEJAHTERA UMAT ISLAM PERGI BERJUDI..


 Kenyataan Media

Saya terpanggil untuk memberi respon ke atas kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa kerajaan tidak akan menggunakan applikasi MySejahtera sebagai alat untuk menjalankan kepolisan moral seperti mengesan umat Islam yang mengunjungi sarang perjudian.

Kenyataannya itu dibuat susulan dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa “puluhan ribu” umat Islam didapati berjudi di kira-kira 62 kelab berlesen.

Saranan Anwar Ibrahim adalah agar pihak berkuasa menyemak 'check-in' di premis berkenaan sebagai bahan bukti siasatan. Satu kesalahan jenayah melibatkan Melayu Islam dibenarkan berjudi dan telah dilaporkan oleh beberapa individu. Apakah wajar untuk seorang menteri membuat kenyataan yang melangkaui bidang kuasa sekiranya semakan Mysejahtera premis berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan polis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...