Saturday, May 30, 2020

Ridhuan Tee sakit hati bila dengar MCA dapat peruntukan sekolah cina RM58 juta!!!

Apakah jasa PN akan dikenang dengan bantuan tambahan RM58 juta?
Oleh : Ridhuan Tee


Membaca berita bantuan RM58 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) memang amat menyakitkan hati. Selepas ini, akan diikuti dengan bantuan kepada Universiti Tunku  Abdul Rahman (UTAR), Sekolah Persendirian Cina dan lain-lain.

Ketika di bawah PH, bantuan disalurkan melalui Alumni mereka. Kini di bawah PN, terus secara langsung kepada Lembaga pengurusan mereka. Hanya kerana mereka adalah orang MCA. Tidak hairan, ketika PRU14, lembaga ini pun tidak mengundi BN.

Jangan haraplah undi Cina ultra kiasu akan beralih kepada PN meskipun berapa banyak pun bantuan diberikan kepada Sekolah Persendirian Cina, TAR UC dan UTAR. Ini MCA baru ada dua kerusi parlimen, bayangkan selepas ini ada banyak kerusi? Malas nak fikir semua ini. Menang pula di kawasan majoriti Melayu.

Melayu menangkan MCA, MCA bantu sesama mereka. Jika tidak mana mungkin MCA dan Gerakan mempunyai bangunan konglomerat mereka sendiri, dan jutawan demi jutawan yang dilahirkan melalui syarikat yang ditubuhkan.

Jika nak bantu sangatpun, bantulah sekadar berpada-pada, tetapi bukan sehingga menenggelamkan bantuan kepada Sekolah Agama dan Sekolah Swasta yang jelas haknya dalam perlembagaan, berbanding dengan institusi yang terkeluar daripada senarai perlembagaan, tetapi masih terus dibantu.
Sekolah agama seperti melukut ditepi gantang. Sekolah Tahfiz usahlah cerita. Malah dihina lagi. Kita terus berdiam diri.

Akan bersatukah Bersatu atau bakal berterabur?

Norman Goh

ULASAN | Drama politik kembali lagi minggu ini. Daripada 'pemecatan' pemimpin Bersatu - termasuk pengerusinya yang mengasaskan parti berkenaan - sehingga angka 129 yang tular dan membawa semacam enigma kepada ramai.

Daya tarikannya tidak kurang meriah berbanding sinetron ditayang di kaca televisyen. Ia lengkap dengan unsur suspens dan komedi.

Dulu Bersatu kelilhatan kompak bersatu untuk menentang Najib Razak dan Umno. Kerana itu mereka bersama Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk pentadbiran baru.

Kini adakah Bersatu sudah berterabur kerana berebut kuasa? Persoalannya, siapakah yang akan mendapat kelebihan daripada pergolakan dalaman Bersatu?

Cetusan ini bukannya susah untuk ditafsirkan. Walaupun presiden Bersatu kini menyandang jawatan sebagai perdana menteri, beliau tentu sedar kerusi empuk tapi panas itu menjadi rebutan dalam Perikatan Nasional (PN).

Siapa dapat menafikan ia diidamkan oleh gagasan Muafakat Nasional dan - walaupun kini tidak lagi diuar-uarkan selepas ditegur Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong - Umno dan PAS jelas berminat untuk mewujudkan kerajaan berteraskan Melayu dan Islam.

Asalnya saya ingin melihat bagaimana pemilihan dalam Bersatu pada Jun ini menjadi titik tolak kepada perubahan dalam pendekatan parti berkenaan.

Kini dengan krisis semakin memuncak dan pengakhirannya masih kabur, persoalan yang wajar ditanyakan ialah: berhayat panjangkah kerajaan PN ini atau mereka sekadar menggapai dahan pokok yang reput?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...