Friday, August 31, 2018

Apa yang Timb Menteri Pendidikan Mahu.. 'Sayangi Malaysiaku' atau 'Sayangi Cinaku'?

Menjelang Hari Kemerdekaan ke-61.
'Sayangi Malaysiaku' atau 'Sayangi Cinaku'?

Rata-rata pemimpin Cina yang tentunya membawa suara masyarakat kaum itu sama ada MCA dan DAP sebenarnya sepakat apabila tiba kepentingan kaum mereka. Walaupun di bibir mengucapkan tentang Malaysia tetapi dari segi tindakan lebih mementingkan kaum.

Walaupun mereka tidak suka menyebut 'bahasa Melayu' sebaliknya memanggil sebagai 'bahasa Malaysia', sebahagian besar masyarakat Cina (kecuali Kelantan, Terengganu dan kawasan luar bandar di Kedah) tidak mengamalkan 'bahasa Malaysia' pun.

Dengar sahaja cara sebutan majoriti Ahli Parlimen DAP berketurunan Cina yang lidahnya tidak fasih cakap 'bahasa Malaysia'. Berbeza dengan pemimpin MCA, kebanyakannya terbukti fasih berbahasa kebangsaan malah lebih baik daripada sebahagian pemimpin Melayu sendiri.

Mengamuk di hospital: Lelaki tampil mohon maaf

Mengamuk di hospital: Lelaki tampil mohon maaf
ROSHILA MURNI ROSLI

Lelaki berkenaan tampil memohon maaf dalam sidang media sebentar tadi.

ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 23 tahun yang didakwa mengamuk selepas permohonan untuk isterinya bersalin secara pembedahan tidak diluluskan pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Sabtu lalu, tampil membuat permohonan maaf hari ini.

"Saya celaru masa tu sebab tengok isteri tengah sakit dan saya memohon maaf kerana tindakan saya ini menyebabkan suami-suami lain tak dapat teman isteri mereka bersalin."

Merdeka Baharu, Sayangi Malaysiaku.. Dibawah PAKATAN HARAPAN


Merdeka Baharu, Sayangi Malaysiaku

DALIA ISMAIL
August 31, 2018 12

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 akan diadakan di Dataran Putrajaya hari ini, mencatatkan sejarah baharu setelah 61 tahun negara mengecapi kemerdekaan, buat pertama kali akan diraikan di bawah tampuk pemerintahan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Sambutan kemerdekaan ini telah pun bermula dari Padang Kota Lama, Pulau Pinang yang telah dilancarkan pada 4 Ogos lalu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bermulalah kempen Jelajah Kibar Jalur Gemilang ke seluruh negara hingga ke acara kemuncak hari ini di Dataran Putrajaya.

Manakala kempen ini akan diteruskan di Sabah untuk menyambut Hari Malaysia pada 16 September depan.

BILA LAGI PAKATAN HARAPAN NAK ADA MEDIANYA SENDIRI?

Kerajaan Pakatan Harapan sudah mentadbir negara ini melebihi tempoh 100 hari sejak menang pada pilihanraya umum 9 Mei lalu.

Walaupun dalam tempoh 100 hari yang sudah berlalu itu, isu paling banyak diperkatakan ialah tentang janji manifesto Pakatan Harapan yang kononnya masih banyak tidak ditunaikan, tetapi sebenarnya ada perkara lain yang turut menjadi bualan, namun ramai orang seperti terlepas pandang mengenainya.

Perkara tersebut tidak lain ialah tentang penyebaran berita-berita palsu mengenai kerajaan dan pemimpin tertentu Pakatan Harapan yang jelas lebih menular dan berleluasa berbanding era BN dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...