Sunday, June 11, 2023

SIRI SAPA TAU - V : Apakah jasa EXCO KEDAH yang nie pulak.. hangpa tau dak?

 

SIRI SAPA TAU - V

Hari ini kita teruskan dengan Siri Sapa Tau - V. Setelah habis semua Exco dari PAS, kita tengok pula Exco dari parti lain dalam PN iaitu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

YB Dato' Azman Bin Nasrudin ialah Adun Lunas yang asalnya memenangi kerusi Dun Lunas melalui PH (KeADILan) dalam PRU14. Dato' Azman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man kemudiannya keluar meninggalkan KeADILan dan menyokong PAS hinggalah kemudiannya menyertai Bersatu.

Cikgu Man memegang portfolio Pertanian dan Industri Makan, Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Pengangkutan serta Hal Ehwal Masyarakat India.

SIRI SAPA TAU - IV : Kenai dak EXCO AGAMA.. sapa tau apa jasa dia untuk Kedah..?


 SIRI SAPA TAU - IV

Siri Sapa Tau diteruskan lagi hari ini. Seorang lagi EXCO dari PAS ialah YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Hj Najmi Hj Ahmad. Dato' Najmi adalah muka baru dalam senarai Adun Pas di kawasan Kupang dalam Parlimen Baling.

Sejak PAS mengambil alih pentadbiran pada Mei 2020, Dato' Hj Najmi memegang portfolio Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Seperti Exco lain, Dato' Hj Najmi ini juga tak kelihatan dan tak tau apa yang dia buat yang orang Kedah boleh nganga meleleh ayaq lioq teruja bahawa inilah Islam yang Pas perjuangkan.

SIRI SAPA TAU - III : Apa pencapaian EXCO nie pulak selain dok bawa cerita SANUSI SANUSI SANUSI..!


 SIRI SAPA TAU - III

Siri Sapa Tau diteruskan hari ini dengan seorang lagi EXCO dari PAS iaitu YB Dato' Romani Bin Wan Salin yang merupakan Adun Bukit Pinang dalam Parlimen Pokok Sena.

Dato' Romani sejak PAS mengambil alih pentadbiran pada Mei 2020 memegang portfolio Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia serta Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

Bagi aku, mungkin ada satu kejayaan Romani iaitu dalam konteks Penerangan kerana Urusetia Penerangan Negeri nampak hebat mengangkat Sanusi. Boleh kata penuh penerangan tentang Sanusi tetapi apa yang ada tentang Kedah?

SIRI SAPA TAU - II : Antara EXCO SENIOR dalam kabinet SANUSI.. Apa Jasa dia..?


 SIRI SAPA TAU - II

Hari ini kita teruskan Siri Sapa Tau. Untuk Siri Sapa Tau - II ini kita cuba tengok seorang lagi Exco PAS Kedah iaitu YB Dato' Hajjah Siti Aishah Hj. Ghazali yang juga Adun Merbau Pulas.

Ustazah Aishah menjadi Adun Merbau Pulas bukan baru. Pernah juga menjadi Exco ketika Sanusi menjawat jawatan Setiausaha Politik dulu. Sekarang Ustazah Aishah ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan.

SIRI SAPA TAU 1 - Selain SANUSI siapa lagi Exco Kerajaan Negeri Kedah?


 SIRI SAPA TAU - I

Selain Sanusi, PAS mempunyai empat (4) lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO.

Untuk Siri Sapa Tau - I ini kita cuba tengok salah seorang daripadanya iaitu YB Dato' Dr. Mohd Hayati Bin Othman, Adun Tokai.

Dr. Mohd Hayati juga adalah mantan Ahli Parlimen Pendang. Sejak 17 Mei 2020 setelah PAS mengambil alih pentadbiran Kedah, Dr. Hayati memegang portfolio Jawatankuasa Kesihatan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.

Setahu aku hanya 2-3 kali aku nampak kelibat Dr. Hayati bercakap tentang portfolio kesihatan, itu pun sewaktu Covid-19 melanda negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...