ISU UCAPAN BANG MAT DI PARLIMEN BERKAITAN PELARIAN
1. Ini adalah transkrip ucapan Bang Mat yang ada kalimah pelarian. Baca transkrip di bawah sekali, selepas no 9. Semua kalimah pelarian ditulis dalam huruf besar.
2. Tak jumpa pun kalimah Bang Mat hina Nabi SAW atau sahabat secara langsung seperti yang dibising-bisingkan.
3. Mungkin ucapan dalam perenggan terakhir Bang Mat sebut, "khasnya Nabi Muhammad SAW yang menjadi pelarian atau berhijrah daripada Mekah ke Madinah" dianggap menghina Nabi SAW.
4. Bang Mat sebut "pelarian atau berhijrah". Bang Mat tak sebut, "pelarian" dan berhenti di situ, tapi disebut "pelarian atau berhijrah". Boleh difahami Bang Mat menterjemah kalimah hijrah itu dengan pelarian.
5. Ya, mungkin terjemahan itu tak tepat sepenuhnya, tetapi mengatakan Bang Mat hina Nabi SAW kerana memanggil Nabi SAW pelarian adalah tidak tepat.
6. Memang tidak wujud dalam kamus kalimah hijrah diterjemah dengan pelarian, tetapi dalam konteks perbincangan pelarian yang Bang Mat cuba bawa, terjemahan itu memudahkan kefahaman orang ramai terhadap isu ini.
7. Tujuannya supaya orang ramai tidak melihat pelarian yang Bang Mat kategorikan kepada pelbagai kategori dihukum borong sebagai jahat dan layak disakiti atau dihalau.