Monday, November 12, 2018

BERSATU KENA HATI-HATI DENGAN "SAMPAH-SARAP" UMNO

Sejak petang semalam agak gempar dengan berita kemasukan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang sebelum ini terkenal dengan "tarian punggung" di hadapan rumah bekas Pengerusi Bersih, S Ambiga ke dalam Bersatu.

Beliau didapati menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya di sebuah program parti itu di Bandar Tun Razak.

Gambarnya menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung Bersatu itu segera menimbulkan rasa kurang senang orangramai kerana Ali Tinju dilihat seolah-olah diraikan sebagai "orang besar" untuk menyertai Bersatu, walhal beliau adalah antara "watak hitam" yang kuat menyerang Pakatan Harapan dan Tun Mahathir Mohamad sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...