Wednesday, November 21, 2018

Pensyarah UUM Kamarul Zaman Yusof mohon maaf pada Mujahid

Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusof hari ini menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai "kuda tunggangan DAP".

Kamarul juga memohon maaf kepada Mujahid atas kenyataan itu yang dibuat di Facebook pada 27 Mei 2017.

Justeru Mujahid juga menarik balik samannya terhadap Kamarul, kata peguam Fitri Asmuni kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nik Hasmat Nik Mohamad.

Umno hipokrit dalam isu ICERD, zaman dia 2011 tubuh j/kuasa, 2013 tolak, 2015 kaji semula


2011 ICERD dibincang, 2013 ICERD ditolak,
2015 dibincang semula, 2018 bila kalah PRU14 ditolak semula.. memang u.m.n.o hipokrit.

Jika u.m.n.o ikhlas dalam menolak ICERD, kenapa tahun 2015 dibincang semula.

Sebenarnya u.m.n.o saja nak menyemarakkan api perkauman dgn mengheret agama Islam dan Raja2 sekali utk kepentingan politik sempit mereka.. yang peliknya, Pemimpin2 Pas serta penyokong pun turut serta nak jadi tak berapa cerdik kenapa..?

Kamel Abuya

ICERD | Kenapa semalam baru Najib dedah hasil J/k Teknikal ICERD dizaman beliau?

ICERD | Kenapa semalam baru Najib Razak dedah hasil Jawatankuasa Teknikal ICERD dizaman beliau?

Bila suhakam dedah perangai kerajaan dulu berkaitan ICERD barulah Najib Razak keluar kenyataan hampir tengah malam tadi.

Rupanya zaman Najib Razak siap tubuh Jawatankuasa Teknikal berkaitan ICERD yang dipimpin sendiri oleh seorang ketua jabatan. Bukan setakat ditubuh malah turut dilapor dalam satu laporan jabatan tersebut pada 2015.

Najib Razak dengan bangga beritahu pada rakyat Malaysia khususnya melayu malam tadi selepas kajian dibuat maka kerajaan dahulu mengambil sikap untuk tidak memulakan ratifikasi berkaitan ICERD kerana ianya tidak sesuai untuk Malaysia.

Mengapa "hasil" kajian itu tidak didedah sebelum ini dan kenapa hanya malam tadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...