Monday, July 10, 2023

Di EARTH 666 - Terbongkar cara sakau duit guna "pelabur swasta"..…!!!


Taktik sakau lebai:

1. Cari 'pelabur' @ 'syarikat swasta'.

2. 'Offer' tanah rizab Melayu kepada syarikat swasta untuk buat projek.

3. 'Syarikat swasta' setuju, lebai keluarkan surat kelulusan.

4. 'Syarikat swasta' bawa surat kepada bank, minta loan berjuta / berbilion ringgit.

5. Tanah rizab yang di'offer' tu, dipajak kepada bank.

6. Bank lulus loan. 'Syarikat swasta' dapat duit 'free' berbilion ringgit.

7. Sudah pasti lebai ada bahagian, 'syarikat swasta' akan salur 'duit balasan' masuk akaun 'proxy' atas nama "sumbangan" parti atau NGO mesra parti.

8. Lebai depan walaun dengan bangga umum, "Kami berjaya bawa pelaburan berpuluh juta ringgit untuk negeri ini. Ini ialah game changer!!!"

MUHYIDDIN umum lupus hutang FELDA, tapi duit tak bagi..!!!!

 


KUALA LUMPUR: Pengerusi baharu Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gopoh dalam memberi komen berhubung pelupusan hutang peneroka Felda.

 Mengakui ketika Muhyiddin menjawat jawatan Perdana Menteri ada menyatakan untuk membayar RM1 bilion setahun selama 10 tahun yang sepatutnya dibayar mulai 2022, tetapi perkara itu tidak dilaksanakan. 

Sebaliknya jelas beliau, ia hanya janji yang tidak dilaksanakan termasuk tiada bukti hitam putih dengan pihak Felda untuk membantu menyelesaikan hutang ditanggung entiti itu.

    "Betul tahun 2021 ada diumum hutang peneroka kepada Felda dilupus tetapi Felda pula berhutang melalui sukuk untuk mengambil alih FGV Holdings Bhd (FGV), membayar hutang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank dengan anggaran lebih RM9 bilion. "Mana mana Felda nak bayar hutang?," soal Shabery dalam status di Facebooknya hari ini. (LINK)

 
@saifulnizam769 MUHYIDDIN GAGAL TUNAI JANJI Ini ke manusia yang kita nak angkat jadi pemimpin Malaysia sekali lagi? Sorry lah.. Hanya tahu umum tapi tak buat pun. Sudahnya Anwar yang selesaikan untuk kepentingan para peneroka Felda. #RakyatBijak #SemangatPerpaduan #BeliaSediaUndi ♬ original sound - Saiful Nizam

KXP oh KXP - Hangpa paham dak lagi atau saja buat-buat tak paham..?


1. MULA-MULA HANGPA BACA KENYATAAN MEDIA MUKHRIZ NIE DULU DAN PAHAM DULU APA DIA KXP NIE..

KENYATAAN
 PRESIDEN PARTI PEJUANG TANAHAIR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JITRA
 
“USAH RETORIK MENGENAI KXP, HENTI UMUM PROJEK MEGA YANG TAK MENJADI. BAIK SANUSI TUMPU SELESAI MASALAH YANG SEMAKIN MEMBEBANKAN RAKYAT.”
 
1. Saya merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md. Nor kepada soalan saya berkenaan bayaran deposit untuk pengambilan tanah bagi tujuan Kulim International Airport (KXP) yang sepatutnya dibayar oleh pihak Kumpulan ECK. YAB Menteri Besar telah menyatakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada November 2021 bahawa Kumpulan ECK akan membayar lebih RM2.0 bilion untuk tujuan itu. Bagaimanapun, saya mendapat pengesahan bertulis daripada Kerajaan Negeri bahawa Kumpulan ECK sehingga kini tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak KXP Airportcity Holdings Sendirian Berhad (KXPACH) mahupun Kerajaan Negeri.
 
2. Sebagai latar belakang, pada Januari 2020 kawasan tanah seluas 3,982 hektar di Sidam Kiri, Kedah telah dikenalpasti sebagai sesuai untuk dibangunkan sebuah lapangan terbang kargo antarabangsa serta kawasan perindustrian berkaitan sektor penerbangan, logistik dan pengeluaran.
 
3. Setelah Kerajaan Negeri Kedah bertukar tangan dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional pada Mei 2020, beberapa ketetapan utama berkenaan KXP telah diubah. Antara lain, pada 2 Ogos, 2021 Kerajaan Kedah telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan Kumpulan ECK untuk membina lapangan terbang KXP itu. Sebuah syarikat bertujuan khas, yang mana Kumpulan ECK memiliki 80 peratus ekuiti, telah ditubuhkan.
 

SIAPA YANG ENGKAR CADANGAN TUANKU UNTUK TUBUHKAN KERAJAAN PERPADUAN..!


 SIAPA YANG ENGKAR CADANGAN TUANKU UNTUK TUBUHKAN KERAJAAN PERPADUAN..

TONTONLAH VIDEO DIBAWAH..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...