Dokumen-dokumen mahkamah di Israel mendedahkan syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.
Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.
Laman berita teknologi Israel CTech melaporkan, kerajaan Malaysia menantangani perjanjian itu bagi mendapatkan sistem untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis dana kegiatan orang awam.
Dokumen-dokumen berkaitan diperoleh dan disemak oleh Calcalist, sebuah harian kewangan terkemuka Israel.
Sistem itu dikatakan dibangunkan oleh Senpai Technologies Ltd.
Perjanjian itu dilapor ditantangai pada April 2018, sebulan sebelum BN yang dipimpin Najib ketika itu kecundang kali pertama dalam sejarahnya.




