Sunday, April 18, 2021

Awat harga barang makin tak terkawal, lihatlah beza zaman PH & PN...


 Semasa diamanahkan sebagai Menteri KPDNHEP dalam Kerajaan Pakatan Harapan, agenda utama saya adalah memastikan harga barangan keperluan kekal berpatutan.


Pemantauan yang kerap bersama pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP menjadi suatu keutamaan. Malah, melawat pasar borong serta jeti pendaratan ikan seawal pukul 4-5 pagi bagi melihat sendiri harga di pasaran menjadi kebiasaan.


Kami juga menambahbaik Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan menambah senarai barangan kawalan serta melanjutkan tempoh penguatkuasaan. Contohnya, SHMMP bagi perayaan Hari Raya Puasa 2019 kami lanjutkan daripada 15 hari kepada 30 hari.

Saturday, April 17, 2021

Kalah PRU sampai hilang wang deposit masih diangkat jadi senator dan diberi jawatan Timb. Menteri.. hebat kerajaan PN!

 

Betapa beruntung menjadi penyokong kerajaan PN.. LIHATLAH bagaimana seorang pemimpin yang ditolak rakyat yang hilang deposit masih diangkat menjadi Timb Menteri..

Kalah bertanding PRU, lantik jadi Senator pastu beri bagi jawatan Timbalan Menteri. 




Nukilan Rasa

Wednesday, April 14, 2021

JIKA DITAJA MANA HITAM PUTIHNYA, KENAPA DITAJA, BUAT APA DITAJA, ADA KEPENTINGANKAH.. SILA JELASKAN?


 Berbalik kepada tulisan aku tadi, aku tak tuduh Menteri Agama rasuah. Aku kata, dia berada dalam kabinet yang diragui integritinya. Sebab itu dia dilihat jahat walaupun dia tak jahat.


Dalam soal penerbangan ini, dia mendakwa ditaja oleh Liga Dunia Muslim yang ditaja oleh Arab Saudi. Tapi kita tahu PN, mereka biasa menipu. Mahiaddin sendiri menipu bila dakwa dapat undangan Raja Saudi tapi cuma jumpa di zoom.


Jadi bagusnya menteri ini kongsikan butiran lengkap tentang tajaan ini. Surat yang menunjukkan memang ianya ditaja. Setakat dakwa ditaja, Najib sendiri pernah dakwa dapat derma raja arab. Sekali tengok raja tu dah meninggal.

Tuesday, April 13, 2021

APABILA PEMUDA KELANTAN BERTEMU MP DAP DI PENANG....


 Hari ini Ramadan pertama. 


Saya ditemukan dengan seorang rider food panda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah kehidupan.


Adik Mohamad mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, walaupun ketika berpuasa.


Apabila saya bertanya kepadanya, mengapa dia berbasikal dan tidak menunggang motorsikal seperti yang lain; dia jawab, dia tidak ada motorsikal. 


Basikal pun dipinjam daripada kawan, itupun seat dia dan banyak yang dah rosak. Tapi demi mencari rezeki, dia redha. 


Adik Mohamad berusia 22 tahun, merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk bekerja. Keluarganya tidak kaya tapi mementingkan pendidikan. Ada 10 orang adik beradik. Ayahnya seorang guru agama. Dia sendiri lulusan diploma kejuruteraan Poli, dengan keputusan cemerlang.

Wednesday, April 7, 2021

ADAKAH MENTERI KPKT AKAN TERUS MENGELIRUKAN STATUS PEMBINAAN RUMAH PR1MA?



MENTERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS KERUGIAN YANG DITANGGUNG PARA PEMBELI


1. Merujuk kepada laporan media YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam, beliau telah berjanji bahawa pembinaan rumah PR1MA Port Dickson akan disiapkan menjelang September 2021.


2. Respon yang diberikan mungkin merujuk kepada pertemuan saya bersama kumpulan pembeli yang mewakili 659 orang pembeli PR1MA Port Dickson pada hujung minggu lalu, setelah saya bangkitkan permasalahan yang dihadapi pembeli PR1MA Tebrau dam PR1MA Melaka Tengah 2. 


3. Namun, kenyataan terbaru YB Zuraida adalah bercanggah dengan tarikh yang dikemukakan oleh pihak PR1MA iaitu 31 Mei 2021 (bukti rujuk gambar).


4. Adakah tarikh siap akan dianjakkan sekali lagi selepas beberapa kali ditukar sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri KPKT?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...