Sunday, February 11, 2018

Adakah Rafizi didakwa kerana menfitnah?


rafizi kena kerana bocor maklumat, bermaksud, yang dia cakap tu benar. kalau tak benar tak boleh didakwa, tak selari ngan akaun bank yang dikemukakan jadi rafizi memang cakap benar mengenai syarikat puaka sharizat..adakah rafizi telah berjaya pasang perangkap?

Adakah Rafizi didakwa kerana menfitnah?

J : Tidak

Habis, Rafizi didakwa di atas kesalahan apa ?

J : Kesalahan membocorkan maklumat perbankan sebuah syarikat.

Adakah maklumat yang dibocorkan itu maklumat yang betul ?

J : Ya maklumat itu betul dan bukan fitnah

Habis kalau betul kenapa Rafizi didakwa?

J : sebab ikut undang-undang maklumat perbankan adalah sulit.

Kalau sulit kenapa Rafizi dedahkan?

J : sebab dalam kes syarikat ini ia ada kepentingan awam untuk didedahkan.

Kepentingan awam apa tu?


J : Salahguna dana awam untuk beri pinjaman kepada sebuah syarikat bagi tujuan feedlot tapi wang digunakan oleh sykt untuk membeli kondo dan anak-beranak pengarahnya bermewah-mewah.

Nama pun pinjaman, biarlah asalkan depa bayar hutang tu. Betul tak?

J : Tak betul sebab syarikat tu tak bayar pun hutang tu.

Berapa jumlah pinjaman yang diberikan guna dana awam kpd syarikat tu?

J : 250 juta.

Astaghfirullahalazim, begitu banyak. Adakah pihak syarikat tu dikenakan apa-apa tindakan undang-undang?

J : langsung tidak. Bukan saja pertuduhan jenayah menjadi sepi, malah hutang itu pun tak dituntut oleh kerajaan.

Sampai macam tu? Kenapa undang-undang kita menghukum orang yang mendedahkan salah laku tapi pelakunya dibiarkan?

J : sebab undang-undang hari ini digunakan bukan untuk kesejahteraan rakyat tetapi untuk menindas dan mempertahankan salah laku pemerintah dan konco-konconya.

https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/node/103267/amp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...