Wednesday, March 21, 2018

Apa pro dan kon untuk Pas tawarkan pengecualian cukai kereta untuk 1.3cc..!

BismillahirRahmanirRahim

KOMEN MANIFESTO PAS
KECUALI CUKAI KERETA 1.3 CC
Oleh: Hj Jamzuri Ardani


Menurut lamanweb Paultan ini, tawaran manifesto PAS untuk mengecualikan cukai eksais kepada pembeli pertama kali kereta berkapasiti 1.3 cc pernah dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin sebelum ini, tetapi tidak dipersetujui oleh Dato Mustapha Mohamad, Menteri MITI dengan menyatakan bahawa cukai eksais kereta menyumbang 75% dari keseluruhan hasil cukai industri automobil dan kerajaan tidak mampu kehilangannya.

Kerajaan Thailand juga pernah menawarkan skim serupa pada tahun 2011 dan kemudian ditamatkan setahun kemudian. Di antara kesan yang timbul dari skim ini ialah secara psikologinya ia menggalakkan golongan muda untuk membeli kereta, sedangkan mereka masih tidak mempunyai cukup disposable income untuk membayar pinjaman tersebut. Di Thailand, skim ini didapati telah menyebabkan ramai anak-anak muda terperangkap dengan hutang yang gagal dilangsaikan.


Perlu diingatkan bahawa hutang isi rumah rakyat Malaysia telah mencecah RM1.086 trilion iaitu 84% dari KDNK. Ianya adalah antara yang tertinggi di Asia. Menggalakkan pinjaman pembelian kereta dengan pemotongan cukai eksais dibimbangi akan menambah rumit keadaan sedia ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...