Wednesday, March 14, 2018

Kenapa SPRM tidak siasat pimpinan PAS sedangkan ada laporan dilaporkan?


Kata Tantawi.. Laporan SPRM, terbukti PAS Bebas Rasuah.. kalau nak ikut laporan SPRM.. Najib ngan Jho low pun bebas Rasuah...Sharizat ngan NFC pun bebas rasuah..memang SPRM takkan Siasat mana2 pemimpin yg jadi sedia jadi khadam UMNO.. ramai adun dan pemimpin UMNO..tak berani melawan..Sebab ada kes2 begini lah.. melainkan depa tu melawan UMNO.. depa tahu lah akibatnya..katakan lah, Esok PAS Isyhtihar bersama Pakatan Harapan.. lusanya pelbagai Siasatan SPRM akan segera dilakukan.. Pejabat2 pemimpin PAS akan digeledah..

Tetapi dengan Menyimpan segala kes Rasuah,Salahguna pemimpin PAS lah adalah senjata paling ampuh bagi UMNO.. Itu lah Senjata yang mengikat mereka terus menjadi Khadam UMNO.. Itulah cara mudah UMNO dapat membuatkan semua pimpinan membaca Skrip2 depa..


Orang Seperti Tok Guru Nik Aziz..Yang hidupnya tidak punya kereta mewah.. menolak segala kemewahan Dunia itupun disiasat SPRM.. aku masih ingat SPRM pernah buka file siasatan melibatkan kes "Kek Hari jadi dan Tajaan Pakej Umrah mewah " Terhadap tok Guru Nik Aziz.. begitu juga kes melibatkan Arif fahmi menantu Tok Guru sehingga Tok Guru Sendiri menasihatkan Arif fahmi meletak jawatan, bila kes Arif fahmi dijadikan isu oleh UMNO..Sebelum PRU13, Ts Khalid pernah disiasat SPRM, hanya disebabkan sumbangan lembu Korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak.. dan sapa masih ingat, Kes teoh beng Hock hanya disebabkan kes pembekalan bendera yg Bernilai RM 2 ribu.. dia dijumpai mati jatuh dari bagunan SPRM..

Pemimpin PAS terutama PAS Kelantan akan selamat, selagi mana senjata serangan mereka terus ditujukan kepada Pakatan harapan.. Nik Amar Sebagai contoh nya pernah mengakui secara terbuka membeli Kereta Range Rover secara tunai dibawah nilai ,dibawah harga pasaran, tapi tak didakwa..manakala Lim Guan Eng yg hanya membeli rumah kediaman dibawah nilai.. dengan Pinjaman Bank Terus Disiasat dan Di Dakwa.. Andai kata Nik Abduh mengaku suara dia..terima Duit UMNO itupun.. nescaya dia tak didakwa selagi mana dia sanggup membaca skrip UMNO... :

Nak tahu pemimpin PAS bersih atau tidak..Kita Tunggu jer selepas PRU 14.. :)

Ahmad Muslim Badawi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...