Sunday, March 11, 2018

Presiden dia kata nak selesaikan isu kos sara hidup , SU Agung dia pula kata tak mahu hapus GST !

Nota Sepang 7- Presiden dia kata nak selesaikan isu kos sara hidup , SU Agung dia pula kata tak mahu hapus GST !


1. Presiden parti suci kata bagi peluang kpd parti suci utk menang dalam PRU bagi nak selesaikan isu kos sara hidup.

2. Kini, kita didedahkan pula yang SU Agung parti suci pula kata cukai adalah penting bagi sesebuah negara dan salah satu cukai yang penting itu, dakwa beliau, adalah cukai GST.

3. Sementara itu, PH, dalam manifestonya, berjanji akan hapuskan GST jika menawan Putrajaya dalam PRU 14 ini. SU Agung parti suci itu pula dilaporkan berkata GST tak boleh dihapuskan terus tapi sebaliknya ada cara lain yang boleh dilaksanakan supaya tidak bebankan rakyat .

4. Komen saya mudah sahaja. Dakwaan bahawa GST tak boleh dihapuskan itu, bagi saya lah, mengarut kelas pertama. Di zaman Tun M jadi PM 22 tahun, hatta di zaman-zaman PM sebelum Tun M pun, GST tak pernah wujud pun.Adakah ketika itu rakyat terbeban teruk seperti sekarang ?



5. Dia kata cukai penting . Yang itu tak ada orang bising dan pertikai pun. Yang orang bising dan pertikai cukai yang membebankan seperti GST sebab orang miskin dan tiada pendapatan pun kena bayar cukai itu. Kita pun sedar cukai telah ada sejak sekian lama. Dulu , misalnya, ada SST , tapi tak ada orang bising pun.

6. Dan dulu juga tak ada GST sama seperti dulu juga tak ada skandal teruk dan jijik 1MDB. Sekarang ni , ada GST dan dalam masa yang sama ada juga skandal 1MDB. Dulu orang tak bising harga ikan kembung sebagaimana sekarang- harga ikan itu naik hingga cecah RM 18 sekilo . Hebat Malaysia, isu ikan kembung jadi isu nasional- dibincang dalam Parlimen! Isu 1MDB tak boleh dibincang dalam Parlimen!!! Malaysia boleh!

6A. Bila duit rakyat hilang atau dilanun dalam skandal berskala besar seperti 1MDB atau MARA, logiknya, memang Kerajaan ( dan bukan rakyat ) yang perlu GST. Ironisya atau yang tak logiknya , Kerajaan yang salah urus ekonomi hingga wujud makhluk perosak 1MDB, lepas tu semua rakyat pula wajib bayar cukai utk tolong Kerajaan selesaikan masalah 1MDB. Adakah patut?

7. Apapun, kini lagi jelaslah kenapa parti suci wajar dilenyapkan dari peta politik di. negara ini . Ini kerana dalam keadaan mereka belum menang lagi pun, rakyat boleh bayangkan mimpi ngeri jika mereka kuasai Putrajaya.

Allah lebih tahu.

YB Sepang.
11.03.2018.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...