Thursday, March 8, 2018

Speaker tak perlu beri alasan bila tolak soalan

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap wakil rakyat yang mempersoalkan tindakannya menolak sesuatu soalan.

Charles Santiago (PKR-Klang) hari ini meminta Pandikar mempertimbangkan semula penolakan usulnya untuk membahaskan isu kemiskinan kanak-kanak di Malaysia.

Pandikar kemudian berkata anggota dewan dilihatnya gembira apabila beliau membuat keputusan menyebelah mereka tetapi jika tidak, beliau malah dicabar meletakkan jawatan.

Beliau dipercayai merujuk kepada tiga anggota parlimen DAP semalam yang menuntutnya meletakkan jawatan kerana menolak usul rampasan kapal layar mewah yang d
ikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low serta soalan berkaitan 1MDB.

Santiago bangun untuk menjawab Pandikar tetapi diminta duduk oleh speaker yang memetik Peraturan Seksyen 41, 42, 43 dan 48 Peraturan Tetap dewan.

“Dalam membuat tafsiran peraturan mesyuarat, tak payah speaker kasi alasan, (sama seperti) dalam mana-mana parlimen yang mengamalkan sistem seperti kita,” katanya.

Ketika Santiago hendak bercakap lagi, Pandikar memberitahu dewan bahawa beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika masih ada pihak yang membantah penolakan soalan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...