Friday, March 23, 2018

TAN CHENG HOE melepaskan atau terpaksa lepaskan 14 pemain JDT untuk ke BEIRUT!

DIDESAK PENYOKONG, 14 PEMAIN JDT DILEPASKAN, CHENG HOE PANGGIL 9 PEMAIN BAHARU, SIAP SEDIA KE BEIRUT !!


Diatas sebab desakan oleh penyokong yang mahukan ramai Muka-muka baharu yang lebih segar atau ON-FORM dipanggil , pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe hari ini melepaskan 14 pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan memanggil 9 pemain baharu bagi menghadapi saingan Piala Asia menentang Lubnan di Beirut pada 28 Mac depan..

9 pemain tersebut terdiri daripada penjaga gol Shahril Sa'ari (PKNS FC), Jafri Firdaus Chew (PKNS FC), Zaquan Adha (Kuala Lumpur), Shahrel Fikri (PKNP FC), R. Kogileswaran (Pahang), Nor hakim Hassan (Perak), Nazirul Naim (Perak), Syazwan Zainon Bahari (Perak) dan Syawal Nordin (Kedah)..

Mereka dilaporkan sudah melapor diri pada latihan pusat skuad kebangsaan bawah kendalian Tan Cheng Hoe bermula hari ini sebelum dijangka berlepas ke Beirut pada Sabtu..


Terdahulu, skuad negara diikat seri 2 sama bertemu Mongolia pada aksi persahabatan malam tadi sekaligus terus menimbulkan kekecewaan penyokong-penyokong tanah air yang ternyata begitu dahaga kemenangan selepas hampir 11 perlawanan tidak merekodkan sebarang kemenangan, lantaran itu timbul desakan demi desakan daripada penyokong-penyokong tanah air yang mahukan rombakan dilakukan segera..

# AYUH MALAYSIA KU
# BANGKIT BERSAMA
# SEHATI SEJIWA DEMI BOLASEPAK MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...