#MSONews
DEWAN KECUH, KIT SIANG DIGANTUNG?
Sidang parlimen ditangguhkan apabila berlaku kekecohan bantah membantah sebaik sahaja Yang di Pertua Dewan Pendekar Amin Mulia mengemukakan usul persempadanan dibentang kepada Dewan. Ahli parlimen pembangkang menimbulkan beberapa persoalan berkaitan usul berkenaan.
Keadaan mula menjadi kelam kabut, hinggar bingar sampai ada yang menyumpah seranah membawa kepada parlimen ditangguhkan. Keriuhan dan kekelaman kabut dewan ini menunjukkan Pendikar Amin gagal mengawal sidang.
Apa yang berlaku pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan keputuan Speaker yang membuat dan mengambil tindakan agar ahli Parlimen Gelang Patah Kit Siang digantung selama enam bulan. Tindakan dibuat Speaker apabila Kit Siang enggan patuh kepada arahannya.
Spekaer berbuat begitu apabila Kit Siang yang ingin bertanya dan mempertikaikan berhubung tindakan Speaker yang tidak membenarkan laporan SPR berkaitan persempadanan itu daripada didedahkan. Kita Siang mempersoalkan, dan berhujah sepanjang beliau menjadi ahli parlimen, tidak ada laporan parlimen diembargo.
Bagi Kit Siang apa dibuat Speaker itu sesuatu yang salah dengan amalan demokrasi dan peraturan Dewan.
Spekaer tidak mahu melayan apa dibangkitkan oleh Kit Siang, dan terus memberi peringatan untuk bertindak terhadap Kit Siang. Sikap speaker itu itu dianggap undemokratik dan bias, oleh pembangkang menyebabkan seorang demi seorangh bangkit merayu dan juga menyerang Spekaer yang bagi mereka tidak demokrasi.
Hampir semua jaguh-jaguh pembangkang bangun mempertikaikan tindakan Spekaer dan mempertahankan Gelang Patah. Apa yang mereka tuntut dan mahu hanya keadilan dan hak mereka sebagai ahli parlimen.
Saat ini pula wakil kerajaan menyerang pembangkang ada sampai yang menuduh Kit Siang komunis dan juga mempersendakan kesihatan ahli Parlimen Sepang Hanifa Maidin.
Yang saya agak musykil sedikit ialah sikap ahli parlimen parti agama, (Pas) yang diam membisu, tidak ada seorang pun yang bangun mencelah atau pun batuk atau berdeham, hanya menyaksikan aksi kecoh itu. Dimanakah janji mereka untuk berfungsi sebagai penasihat sebelum ini?
Sepatutnya ada yang bangun membaca ayat-ayat al Quran Nur Karim atau hadith-hadith Nabi sebagai mentara dan jampi menyejutkan keadaan. Jelas bahawa kehadiran mereka di sidang parlimen hanya sekadar untuk memanaskan punggung dan terus “tepu” dengan sikap berkecualinya.
Keadaan ini perlu dinilai oleh pengundi apakah wajar atau tidak mereka dihantar ke parlimen dalam Piraum akan datang. Trims.
Mohd Sayuti Omar
No comments:
Post a Comment