Sunday, April 8, 2018

Dari mana Najib dapat dana laksana manifesto?

Dr M: Dari mana Najib dapat dana laksana manifesto?


https://assets.bharian.com.my/images/articles/Keputusan_A1,_usah_tolak_BNaas.transformed.jpg
Sejurus selepas dibentangkan manifesto BN untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 terus mendapat kecaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

Jika Datuk Seri Najib Razak mendakwa manifesto Pakatan Harapan tidak boleh dilaksanakan kerana hanya akan menyababkan negara menanggung hutang sehingga RM1 trilion, pandangan sama turut dinyatakan oleh Dr Mahathir.

"Saya pun ada buat kira-kira sikit.

"Jumlah keseluruhan wang yang akan dibelanjakan mengikut manifesto BN ialah RM300 bilion? Dari mana dia nak dapat duit RM300 billion?

"Dia (Najib) tak ada duit untuk bayar ubat-ubatan di hospital atau beri biasiswa untuk pelajar pun," katanya dalam ceramah Jelajah HARAPAN di Muar, Johor malam tadi.

Tidak dapat dipastikan bagaimana Dr Mahathir memperoleh jumlah RM300 bilion yang rujuknya kepada manifesto BN seperti dikatakannya itu.

Najib selaku pengerusi BN malam tadi melancarkan manifesto untuk menghadapi PRU ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.


Bertajuk Hebatkan Negaraku, antara janji yang diikrarkan Najib ialah meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun, selain bantuan sekali (one-off) RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang masuk universiti

Puluhan ribu orang membanjiri kawasan berkenaan dan ia didakwa menjadi bukti majoriti rakyat di negara ini kekal bersama BN.

Mengenai janji BN mengangkat martabat wanita Dr Mahathir berkata ia turut dilakuan oleh HARAPAN.

"Kita tak cakap kita akan buat begitu, tapi calon timbalan perdana menteri kita ialah seorang wanita.

"Kita tak cakap saja, tapi kita buat," katanya merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri oleh HARAPAN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...