Wednesday, April 25, 2018

Kayveas letak jawatan


Oleh Fahmy Azril Rosli

KUALA LUMPUR: Tan Sri M Kayveas hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP), Pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan dan Penasihat Kerajaan Negeri Perak.

Beliau mengumumkan perkara itu di akaun Twitternya sebentar tadi.

Menurut Kayveas peletakan jawatannya itu berkuat kuasa kelmarin, 23 April.

Sebelum ini media melaporkan, MyPPP akan mempertimbang semula keahliannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).



Tindakan itu susulan Kayveas gagal mendapatkan kerusi Parlimen Cameron Highlands yang didakwanya sudah menggerakkan jentera di kawasan itu sekian lama.

Secara tradisinya, kerusi Parlimen Highlands diperuntukkan kepada MIC dan kelmarin sah bahawa kawasan itu bakal ditandingi oleh Ketua Pemudanya, Datuk C Sivaraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...