Wednesday, April 18, 2018

'PAS mungkin kalah teruk, hilang Kelantan'

 
Penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

"PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini (dan) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan.

"Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini," katanya di Facebook hari ini.

Tidak dapat dipastikan kenyataan terdahulu yang dirujuknya sebagai hujah kepada prestasi buruk PAS pada PRU ke-14.

Namun pada 21 April 2017, beliau menyenaraikan sebab Umno mampu merampas negeri itu, iaitu kegagalan kerajaan PAS mengatasi masalah rakyat dan membangunkan negeri serta pemimpin Umno yang lebih peka dan kedudukan kewangan parti itu yang lebih kukuh.


"PAS perlu mengubah pendekatan kempen dan ceramahnya jika mahu kembali mendapat tempat di hati rakyat. Isu rakyat perlu dijawab secara berhemah dan berfakta...Dalam politik PAS perlu berpijak di alam nyata," katanya juga di Facebook.

Bagi BERSATU dan AMANAH di negeri itu, beliau berkata kedua-duanya perlu lebih giat mendekati rakyat negeri itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...