Saturday, April 21, 2018

Pas tidak berani tanding semua kerusi P.Pinang

Pas tidak berani tanding semua kerusi P.Pinang
Setelah sekian lama menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, Pas sepatutnya berani untuk mencabar dan bertanding lebih banyak kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini.

Namun begitu apabila Pas mengumumkan hanya akan bertanding di 6 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dun memperlihatkan mereka mensasarkan hanya kerusi yang didominasi oleh pengundi Melayu.

Sebaliknya dakwaan mereka sebelum ini untuk menentang DAP tidak kesampaian secara total.

Persoalan yang timbul kenapa mereka tidak bertanding kesemua kerusi di Pulau Pinang sedangkan sebelum ini mereka sering melaung-laungkan akan menentang Dap bermati-matian.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil ketika ditemui semasa turun padang menyantuni penduduk dalam kawasan Dun Permatang Pasir pagi tadi.

Jelas beliau lagi, hak demokrasi Pas untuk bertanding dimana-mana kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 sememangnya dihurmati.



Walau bagaimana pun katanya, hasrat Pas untuk menubuhkan kerajaan tidak akan tercapai kerana mereka tidak bertanding 222 buah kerusi dan masih mensasarkan kemenangan di 40 buah kerusi.

“Sehingga kini mereka masih lagi gagal, tidak jelas dan yakin dengan kerusi-kerusi yang ditandingi.

“Hasrat hanya untuk menjadi ‘king maker’ kepada mana-mana parti yang membentuk kerajaan jelas menunjukkan bahawa mereka mahu menyokong BN.

“Mereka juga dilihat membiarkan MCA dan Gerakan menentang Dap secara begitu ketara, ” tegasnya lagi.

Faiz yang merupakan calon Dun Permatang Pasir turut berkata, pengundi tidak sepatutnya memberi sebarang undi kepada Pas.

“Memberi undi kepada Pas adalah sama sepertimana memberi undi kepada BN, khususnya MCA dan juga Gerakan.

“Oleh kerana itu para pengundi wajib meletakkan tekad yang satu tidak akan memberi undi kepada Pas maupun BN.

“Dengan memberi mandat tersebut kepada Pas dan BN, ia akan membuatkan rakyat hidup lebih sengsara melalui dasar dan polisi yang senantiasa menekan rakyat sepertimana sebelum ini, ” tegasnya lagi.

Sehubungan itu katanya, memberi mandat kepada PH akan mampu untuk membawa perubahan dan pembaharuan untuk masa depan negara maupun rakyat yang sedang berhadapan dengan pelbagai provokasi dan tribulasi Umno dan BN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...