Thursday, April 12, 2018

Tuan Ibrahim bakal hadapi saingan 3 penjuru di Kubang Kerian


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian, menurut sumber parti Islam itu.

“Beliau berkemungkinan besar bertanding di sana kerana PAS tidak pernah kalah di kerusi itu sejak 1990,” kata sumber kepada FMT.

Kubang Kerian yang sebelum ini dikenali sebagai Nilam Puri, dan pernah disandang bekas presiden PAS dahulu, Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1974.

Kerusi itu pernah diwakili bekas pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub yang semuanya bersama parti serpihan, Amanah ketika ini.

Kerusi itu kini dipegang Ahmad Baihaki Atiqullah yang mengalahkan Datuk Anuar Safian dari Barisan Nasional dengan majoriti 16,741 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).



Husam dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada PRU14.

Selain calon BN, Tuan Ibrahim mungkin berdepan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Yusof dari Amanah di Kubang Kerian.

Tuan Ibrahim yang berasal dari Pahang, kalah di kerusi DUN Jengka pada PRU13 kepada calon BN, Datuk Wan Salman Ismail dengan majoriti 1,303 undi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...