Friday, May 25, 2018

Isu di Perlis buat anak muda meluat dengan Umno

 Mas
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, situasi politik di Perlis menyebabkan anak muda meluat dengan Umno.

"Negeri sebesar daerah tapi ada Adun, menteri besar, ahli parlimen di kalangan Umno dan ada Raja, Perlis sepatutnya sepakat.

"Tapi disebabkan sikap berebut kuasa yang tak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan Umno #berubahlah," tulisnya.

Catatan di Twitternya itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan telah di'retweet' lebih 900 kali sejak petang tadi.

Pagi tadi, Adun Bintong, Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis seterusnya menubuhkan kerajaan negeri selepas lebih dua minggu PRU14 selesai sejak 9 Mei lalu.



Namun, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan Adun BN yang tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar.


Pengerusi BN dan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudianya membuat satu sidang media dan menjelaskan Azlan dipecat serta merta dari Umno selain mendesak Raja Perlis agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...