Thursday, May 3, 2018

Isu Tian Chua - Tengok KELAKU SPR.. apa cerita selepas p/raya..

Tian Chua hanya boleh cabar SPR lepas PRU, kata SPR


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhujah menghalang Tian Chua mengambil tindakan undang-undang berikutan penolakan kertas pencalonan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) minggu depan.

Peguam kerajaan, Amarjeet Singh berkata, naib presiden PKR itu perlu memfailkan petisyen pilihan raya selepas pilihan raya umum diadakan seperti diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

“Hanya Ketua Hakim Malaya atau mana-mana hakim yang dilantik oleh beliau berhak mendengar petisyen pilihan raya,” katanya yang memetik beberapa kes undang-undang bagi menyokong pendirian SPR.

“Ini undang-undang yang jelas, dan mahkamah mesti mengikutinya,” katanya.



Tian Chua memohon untuk membatalkan keputusan pegawai pengurus bagi kawasan pilihan raya Batu yang menolak borang pencalonannya atas alasan beliau dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh mahkamah bulan lepas.

Perbicaraan berjalan di depan Hakim Nordin Hasan. Beliau dijangka memberikan keputusannya esok sama ada Tian Chua layak bertanding.

Tian Chua yang memfailkan sebuah afidavit bagi menyokong tindakannya berkata, adalah undang-undang jelas bahawa denda sebanyak RM2,000 tidak membatalkan kelayakan seseorang sebagai calon.

Katanya, pada PRU13 2013, pegawai pengurus di kawasan pilihan raya itu telah menerima kertas pencalonan beliau walaupun beliau disabitkan dan didenda sebanyak RM2,000 oleh mahkamah sebelum itu.

Peguam Tian Chua, Gurdial Singh Nijar berkata, semua kes undang-undang yang disebut oleh Amarjeet adalah berkaitan dengan cabaran terhadap keputusan pilihan raya.

“Kami hanya mempersoalkan status kelayakan Tian Chua,” katanya.

Beliau berkata, anak guamnya bukan mencabar tindakan pegawai pengurus pilihan raya itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...