Monday, May 28, 2018
Jawab jangan tak jawab duhai Najib..mana perginya duit 1MDB?
Habis khazanah negara semua Najib rompak. Dia masih berani buka mulut dan perli2 kepit Guan Eng. Sekali Guan Eng jawab dengan soalan maut sekali, menteri kewang kena kerja hari Ahad tau, walau hari bercuti Guan Eng kerja sebab nak expose kemungkaran yang dibuat oleh Najib Razak.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB.
"Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011?
"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia?
"Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?" katanya dalam kenyataan media hari ini.
Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk 'bail out' 1MDB.
Tiga isu yang disebutkan Lim merujuk kepada antara perkara yang sering dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dan 1MDB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment